FYP? Tik tok tik tok

 FYP???

Apa kebenda tu fyp fyp dalam tiktok?

Maksud FYP adalah 'FOR YOUR PAGE'



Stress dengan rumah tangga??
































Assalamualaikum, 


Korang ada masalah rumahtangga? Stress sangat...semua pasangan yg berkahwin pasti akan ada rasa masalah dalam rumahtangga tidak kira sama ada masalah kewangan, masalah dengan isteri atau suami, masalah dengan anak- anak.. Manusia tidak akan terlepas dari segala permasalahan dari sejak nak tidur sampai ke bangun tidur ada saja masalah. 

Di sini rumusan dari perkongsian LIVE FB yg mantap oleh Ustazah Asma' Harun (https://fb.watch/3M_33pOxr2/) * Silakan like & share live FB ustazah Asma' Harun sebagai tanda penghargaan perkongsian ilmu dari beliau. 



💓Tekanan suri rumah : bekerja dirumah atau bekerja diluar - jgn ada perbandingan. 

💓Ada yg lagi teruk stress rumahtangganya dr apa yg sedang kt  alami. - di uji dgn suami yg penzina depan mata, penderaan fizikal tapi kita mungkin hanya sakit hati sebab suami asyik tengok handphone lepas lepas penat seharian bekerja. 

💓 Amanah Ikrar & Janji masa akad nikah- ingat tak si suami amanah allah dalam rumahtangga? 

💓Salah 1 punca Penceraian  disebabkan kurangnya KOMUNIKASI pasangan terutama SUAMI. 

💗Tekanan Suri rumah yg bekerja diluar: KOMUNIKASI, NAFKAH
- dah penat kurang bercakap, buat hal masing2, pertikai bab nafkah

💓Tekanan suri rumah yg bekerja dirumah lebih tinggi : BENGKEK, EMOSI SEKELILING- tiada luahan perasan

💓 Hebatnya suri rumah bekerja dirumah: sbg menteri perpaduan, menteri pelancongan, menteri kesihatan, menteri kebajikan, menteri sumber manusia, segala macam menteri yang mungkin tak tertanggung oleh sang suami.

💓Zikir Fatimah : amalkan sebelum tidur zikir 'SUBHANALLAH 33X, ALHAMDULILLAH 33X, ALLAHUAKBAR 34X - cukupkan 100x zikir (Pesanan dari Rasullullah SAW' zikir yg lebih baik dari seorang hamba) - in sha Allah kemudahan & pertolongan dari Allah SWT akan datang. 

Terima Kasih Ustazah Asma' Harun tak jemu2 menyampaikan ilmu dan terima kasih Allah kerana masih lagi menghadirkan insan menyampaikan pesanan. 💜💓😘

Resepi Ayam Ungkep Pedas

Hari ni aku masak je apa yang ada dalam peti ais. Ada ayam, ada kentang, daun sup pun ada. Sedang elok boleh masak sup ayam. Tapi dua hari lepas aku dah masak sup ayam. Nanti jemu pulak. So, aku nak masak ayam ungkep masakan jawa tu. Mudah! Cuma daun kunyit je tak da. Nak pergi kedai malas. Ada juga daun limau purut. Aku tak pernah letak daun limau purut. Jadi kali ni aku nak cuba letak daun limau purut. Ungkep ni perkataan jawa. Yang aku faham maksud dia macam ditutup lama. Bila ayam tu dilebur dengan air yang banyak lepas tu mesti ditutup sampai dia menggelegak dan air terserat. Biasanya ungkep ni akan masak sampai air tu kering bila ditutup. Tapi, Aku lebih suka berkuah. Jom start!

Resepi ayam ungkep ( hidangan untuk 3 orang)

BAHAN UTAMA: 

1) Ayam potongan sederhana - dalam 4-5 potong



BAHAN KISAR ATAU DITUMBUK:

1) Cili padi- 7 biji ( xnak pedas kurangkan)
2) Bawang merah besar - 1 biji
3) Bawang putih - 3 biji
4) Halia - 1"
5) Kunyit hidup - 1"
6)*** Biji ketumbar - 1 Sudu kecik
7)*** Jintan manis- 1 Sudu kecik
8)***Jintan putih - 1 Sudu kecik

***Ni bahan paling penting untuk naikkan aroma



BAHAN TAMBAHAN:

1) Serai- 1 btg dititik
2) Tomato- 1 biji dibelah 4
3) Cili thai merah - 3 biji dipotong serong memanjang
4) Daun limau purut
5) Kentang - sebiji dipotong serong



MULA MASAK:

1) Aku goreng dulu kentang yg dipotong serong. Kalau nak terus lebur dengan ayam pun boleh. Tapi aku risau kalau keras nanti.

2) Panaskan minyak dalam kuali.

3) Masukkan bahan2 yang telah ditumbuk/ kisar kedalam kuali. Tumis sehingga naik bau.


4) Setelah itu, masukkan pula serbuk kunyit dalam 1 sudu makan dan kacau rata.

5) Dah kacau rata, masukkan ayam, Serai dan dan  kentang bagi masak bersama. Gaul2kan bersama, masukkan air separas ayam tu dan tutupkan dengan penutup periuk bagi mendidih lama air.




6) Setelah ditutup selama 5 minit, lihat keadaan ayam. Masa menggelegak tu masukkan daun limau purut, tomato dan Cili Thai merah yang dipotong2 tadi.




7) Tutup semula dan renehkan sehingga masakan ni terserat sikit kuahnya. Jika uoll sukakan berkuah, kena tambahkan air kalau air dah terserat dan renehkan semula. Macam Aku memang suka berkuah. Nyaman rasanya.  Akhir sekali, siap untuk dihidang. Selamat mencuba.






Resepi Rendang Kerang: original kerisik

Hai assalamualaikum dan mood raya masih lagi onn walaupun tahun 2020 ni aidilfitri betul2 disambut dalam suasana yg sederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga disebabkan covid-19.
Tiada ziarah menziarahi, rumah terbuka dan berkumpul sanak saudara 

Suami aku teringin nak makan rendang kerang pulak. So belilah kerang sikit dalam RM8 untuk makan 2 orang saja. Aku fobia sebenarnya nak masak rendang. Sebab aku pernah guna ready made punya kerisik, bau rasa tengik kerisik tu dan rendang Tu jadi pahit pulak. Tak tau sebab apa. So, kali ni aku nak buat sendiri kerisik kelapa tu. Korang boleh cari entry 'Homemade Kerisik' tu dalam blog aku ni. 

Entry ni aku cuma nak share masak rendang kerang cara aku yg mana aku tak letak buah keras, pes asam jawa ke, asam keping ke, gula pasir ke gula melaka tu semua aku skip. Tapi rasa dia juga masih rasa rendang original. 

BAHAN2: (resepi untuk 3 orang makan)

Cili padi- 3 biji (ikut korang nak pedas lebihkan)

Bawang merah - 2 biji

Bawang putih - 3 biji

Halia- 1"

Lengkuas- 2"

Serai- 1 ulas

*Semua bahan ni diblender

Cili kering- yg siap diblend

Santan- 1 cawan

Daun kunyit- dihiris2 nipis

Daun limau purut- dikoyak buang urat tengah





BAHAN UTAMA:
Kerang
Kerisik





Cara2nya:

1) Kerang masukkan dalam kuali dengan air sedikit saja dan tutup. Rebus dalam 10 minit saja untuk mudah asingkan kerang dalam cengkerang.

2) Bahan2 yg sudah diblend tuangkan kedalam kuali apabila minyak dah panas.


3) Bila dah naik bau, masukkan cili kering dalam 3 sudu makan.
Renehkan sehingga pecah minyak.


4) Masukkan daun limau purut


5) Masukkan pula kerang dan gaul rata



6) Dah sebati masukkan pula kerisik beserta daun kunyit yang telah dihiris halus. 


7) Gaul rata kesemua bahan Dan perasakan dengan sedikit garam 1 sudu teh. Masa ni masukkan santan secawan kecik gaulkan lagi.


8) Dah menggelegak bolehlah tutup api gas dan sedia untuk dihidang. SELAMAT MENCUBA YA! 🤗👍



Meh Aku belanja video masakan rendang Aku ni kat channel YouTube Aku:-



💭Nota sekel# Aku sebenarnya nak makan dengan nasi impit. Tapi leceh lak nak rebusnya. Hihi














      












RECEIVED MONEY VIA MERCHANTRADE ASIA SDN BHD

Hai semua...

Hari nie dah masuk Hari Raya PKPB yg kelima Syawal. Aku nak update entry sambung dari cerita entry lepas 
So, alhamdulillah setelah penantian aku hampir 2 bulan 3 hari macam tu nak tebus gaji aku dari Google ni akhirnya sehari sebelum raya Lepas aku dapat juga ambil duit gaji melalui pengurup wang Merchantrade kat Banting.

Sebelum tu, aku dah call semua agen western union macam pejabat pos, RHB bank, agro bank, pengurup wang lain semuanya cakap sistem offline. Pengurup wang yg dalam Tesco Klang pun cakap diorang hanya hantar duit saja. Tapi, ada satu list agen western union serupa pengurup wang ni aku call, sabtu diorang open and boleh received money. 

Maka, Sabtu lepas sehari sebelum raya aku pergi Merchantrade tu. Tak de orang langsung. Kalau pergi Public Bank tempoh hari...mak aihhh jenuh nak beratur panjang kat luar bank dengan berbaki waktu lunch tak sampai setengah jam mana sempat wehh..



Macam biasa, SOP masa PKPB ni sebelum masuk kena scanning nak tau ko sihat ke idok.. jika temperature 36.9 kebawah boleh masuk premis dan mesti catat nama dan no telefon. Then, use sanitizer yg disediakan. 

Berurusan dikaunter pun tak susah mana. Just ko tunjuk Payment Receipt yg ko dah print awal2 berserta IC dan cakap nak ambil duit melalui Western Union. Mereka akan check sistem berdasarkan nombor MTCN yg tertera pada payment receipt tu.

Alhamdulillah sebenarnya,  tempoh duit tu sepatutnya dah tamat tempoh. Yelah dah cukup 60 hari. Tapi, Wang tu masih boleh ditebus mungkin disebabkan covid-19 dan MCO so semua urusan banyak tergendala jadi dipanjangkan lagi tempoh.

Duit yg kita dapat dari Google AdSense ni juga adalah dinamakan sebagai GAJI atau salary. Sebab dalam sistem mereka akan key in sebagai GAJI. 
Masa pertukaran wang pada 23 may tu, duit Malaysia MYR 1 bersamaan USD 4.33. So, duit yang aku terima lebih kurang RM466.60 macam tu. Syukur Alhamdulillah... Dapat juga duit daripada pendapatan pasif macam ni.

Duit dari gaji google

Details alamat 

Urusan di Merchantrade Asia ni mudah dan cepat. Korang tak perlu nak isi borang western union macam kat pejabat pos tu.
Apa pun, syukur dengan rezeki ni dan semoga duit ni diberkati Allah SWT aminn.. Duit hasil dari kerja perkongsian ilmu bersama melalui blog ini. Terima kasih  juga pada readers2 yg rajin menyinggah ke blog aku untuk cicipan sedikit info yg tak seberapa ni. 

💭Nota sekel#bersemangat lagi untuk berkongsi cerita🤗

RESEPI IKAN KERISI MASAK KENGSOM

Resepi masak kengsom ni aku dah masak masa bulan Ramadhan Yang lalu setelah aku tengok dalam Facebook macam menyelerakan je. So aku pun trylah masak. Tapi aku tak menggunakan ikan siakap sebab ikan siakap dah habis kat kedai2 acheh. Kalau nak ke pekan pergi market time2 PKPB ni orang mesti beratur panjang. So, aku try guna ikan kerisi ja.

Masak kengsom ni adalah jenis masakan orang Thai dan agak sama juga macam masak singgang tu. Bezanya sebab kengsom ni diletakkan sayur kangkung dan juga nanas didalamnya. Not bad lah jugak. Jom tengok resepi dibawah. Hanya klik video dibawah ya...








Pendapatan Google AdSense tak dapat ambil melalui Western Union???

Hai semua.. aku nak share sikit pendapatan aku melalui Google AdSense. Selama hampir 7 tahun aku berblogger..daripada 0 aku study bagaimana org cakap buat blog Jana pendapatan. Then, setelah aku tahu melalui pengiklanan so aku baru saja start register Google AdSense ni hampir 4 tahun lalu. Aku tak faham sangat nak setting Google AdSense. Just tekan2 je. Automatik keluar sendiri medium pengiklanan yg simple2 dalam blog aku ni.

Nak dapat gaji dari Google AdSense ni mestilah mencapai 100 USD dolar threshold. Nak dapat capai USD dolar tu semua dari hasil pembaca yg singgah ke blog kita, Sama ada dia klik iklan tu ke dia read dapat lah 0.01 USD dolar. Ikut pertukaran matawang terkini hari ini 8 may 2020 adalah 0.01 USD = 0.043 Sen hampir mencapai RM0.10 Sen. Memang sikit..tapi lama2 jadi bukit.

Actually, nak capai 100 USD tu agak susah jugak. Depends on your entry dalam blog tu. Kalau menarik ramai yg visit. Aku terkejut juga, entry aku yg tiba2 capai 100 USD paling cepat adalah disebabkan entry Cara penutupan ASB tu. Ramai pulak yg dok search entry tu masa bulan Dec 2019. 

So, Google AdSense Pon bayar payment aku melalui Western Union. Asalnya, aku choose payment method via wire transfer to bank. Tapi, aku risau kalau tak dapat transfer dalam bank aku ke apa...so aku guna western union. Cara dia senang je. Ko pegi lah mana2 agent seperti bank atau pejabat pos yg menawarkan perkhidmatan western union : send or received payment. Bank yg selalu terlibat seperti Maybank, Agro bank, public bank Dan RHB bank.



Tapi, yang sedihnya...nasib aku tak berapa baik. Google singapore isu payment pada 20 Mar 20 yg lalu. Time PKP fasa 1 tu. Semua bank tutup dan pos ofise pun tutup. So tak pe..aku fikir ada masa 60 hari lagi nak cash duit tu. So masa PKP fasa 3 bank, pos laju dah buka.. tapi semua agent tu close counter untuk urusan western union. Call Maybank Agro bank pun cakap benda sama. Sampai fasa tahap 4 ni pun masih tak boleh collect cash melalui Western Union. Pada 20 May ni tempoh tamat utk cash via Western Union. 

So, aku berserah jelah kalau duit tu akan burn macam tu saja atau duit tu akan ditransfer ke akaun bank kita. Tak pasti. Tunggu the next new okay.. kalau dah rezeki kita tak kemana ye. Kalau dah bukan mungkin ada lah kekhilafan kita situ.

IKAN SIAKAP MASAK PEDAS ALA THAI

Hai... Hari ni hari PKP yg ke-9. Disebabkan perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14/4/2020, so kita masak lah apa yg ada. Tapi tak juga..semalam baru saja ketua keluarga berbelanja barang2 basah dan kering di Segi Fresh. Katanya, tak ramai orang pun. dan harga ikan ayam pun murah. So, suami beli ikan siakap 2 ekor. Seekor RM6.90. Alhamdulillah... Di waktu kawalan ni nasib baik lauk pauk murah. Yelah...kesian pada mereka yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Oklah... Marilah hari ni kita masak ikan siakap masak pedas ala thai permintaan Dari suami. Suami aku memang suka makan yg pedas2. Minta maaflah ye jiran2 ku sebelah..s nya terbersin bersin dek kerana bau masakkan aku yg pedas tu. Maklumlah guna cili padi merah tu memang menusuk hidung. Kalau pendapat aku korang tanya kenapa masak pedas ala thai? Aku rasa sebab masakan ala thai ni diorang suka letakkan benda masam dalam masakan diorang. Macam letak sos ikan. Tu yg dikatakan Ala Thai. Ok jom masak.

BAHAN UTAMA:

1) Ikan siakap- Seekor



2) Bawang putih- 5 ulas dicincang

3) Bawang merah besar - 1 biji dicincang

4) Cili padi hijau - 8 biji dicincang ( ikut suka korang nak pedas ke tak)

5) Cili padi merah - 4 biji dicincang ( ni pedas sangat tau)

6) Cili kisar - 2 sudu

7) Asam jawa- 1 colek sudu kecil



8) Sos ikan - 2 titik

9) Sos tiram - 2 Susu besar

10) Daun bawang- 2 helai dihiris






MULA MASAK:

1) Goreng ikan siakap sampai garing. Ikan siakap ni aku belah dua. Kalau korang goreng seekor pun ok ja. Ikut korang ya.
 

2)  Tumiskan bawang putih dulu


3) Tumiskan bebawang dan cili sehingga garing. Selepas tu masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik mingak. Letakkan sos tiram dan tuangkan air. Reneh sampai masak.



4) Last sekali taburkan daun bawang dan siramkan kuah cili tu tu atas ikan goreng siakap tadi. Selamat memasak! 


Dah siap masak, apa lagi jomlah kita makan ya. Bismillah..











Pemutar dapur masak atau gas cooking knob pecah

Pernah tak pemutar dapur gas korang yg baru je beli tak sampai 2 bulan dah pecah? Mungkin kita beli dapur gas masak yg murah ja tak sampai RM60. Ni kita cerita pada orang yg beli dapur gas murah ya macam aku. Kami bukan orang yg ada-ada tapi sentiasa berwaspada dalam pembeliaan barang agar berjimat. Tapi tulah.. beli murah2 pun cepat rosak. Tak guna juga sebab tak da kualiti.

Dapur memasak pattern lama

Tapi tak mengapa. Jangan dibuang dulu dapur memasak tu hanya disebabkan pemutar dia pecah dan tak boleh nak buka api gas. Awal2 terjadi pada aku pun tempoh hari rasa down dan rasa nak campak je kat dalam tong sampah dan beli lain. Tapi disebabkan aku pernah bekerja dalam bidang purchasing suatu ketika dulu, semua benda ada alat ganti dia. Rosak si kecil mesti ada peganti kat kedai. 

So, korang pergi bawa cooking knob tu ke kedai hardware atau better ke kedai elektronik yg ada jual perkakas memasak, peti ais ke semua tu. Tapi, masa tu aku tak bawa pun sample yg rosak. Masa tu ingat nak saja tanya. Then, aku just tunjuk alat yg ada sama macam kat kedai tu. 

Gas cooking Knob yg dah pecah tengah

Gas Knob yg rosak dah tak boleh nak putar api gas

Tokey kedai akan tanya gas knob korang ada yang single atau tak da rumah ataupun ke dalam dia punya knob. So macam aku punya tak da yg masuk ke dalam. Harga gas knob tu aku beli RM12. Barang kecil je dan ringan je. 

                 

Pasangkan saja pada punat besi



So bila pasangkan yg baru..dah boleh lah putarkan api gas tu dan masak seperti biasa ya. Alat kecil yg rosak semua ada spare part dia. Just tunjuk kat kedai. Kalau rajin baik buat survey harga. Kadang2 tempat lain lagi murah alat ganti tersebut. Ini lah.. selagi boleh dibaiki.. baik pulih sendiri ya. Terima Kasih.

Grand Lexis Hotel Port Dickson: company trip


Hai.. sebenarnya ni cerita 2018 yg lalu. Aku tak sempat nak buat entry tentang company trip tempat aku bekerja. Annual events tahun tu Kami semua menginap Di Grand Lexis Hotel, Port Dickson. Setiap tahun pada 1'st May, company yg aku kerja mesti adakan event tak Kira menginap di hotel ke, or just annual dinner. Harga menginap di Grand Lexis agak mahal jugak dalam RM450 atas untuk satu rumah macam tu. Lagi pun mahal adalah disebabkan bilik2 hotel terletak di atas air pantai dan paling best..setiap bilik atau rumah hotel tu disediakan kolam renang. Memang syok! Tak da nak share2 mandi ramai2 dengan org lain.

Aku ajak suami dan bawa anak sekali. Masa tu kena bayar dalam RM300 untuk cover 3 orang. Sebab company peruntukan 1 bilik hotel 4 pekerja.  Aku tak suka nak join trip pergi sendiri. Lain lah bujang kan. Ada peluang boleh bawa family aku akan bawa. Tak lah rindu anak dan suami kat rumah kan.

Susana bilik hotel

Ruangan Dalam bilik

Kolam renang

Ruangan kitchen to toilet



Ruang dalam bilik hotel memang luas dan selesa macam sebuah rumah 2 bilik gitu. So, harga memang mahal.. tapi korang boleh bawa adik beradik yg lain menginap hotel ni sebab luas. Boleh tambah tilam.  Jika anak2 nak bermain, ada juga disediakan playground. 
Kolam kanak2 outdoor

Playground utk kanak2

Kolam dari  pandangan dalam bilik

Outdoor pool

Bilik2 hotel atas air

Indoor pool

Disediakan juga mini shuttle utk bawa barang dengan korang sekali sampai ke bilik hotel ya.








Apa yang menarik hotel ni adalah dengan adanya kolam mandi dalam setiap bilik hotel. So korang tak payah nak segan- segan mandi kat kolam renang sebab tak ada orang akan tengok. Mandi dalam dalam bilik hotel korang ja. So nak berbikini je pun boleh. Hahaha.. 

Untuk breakfast dan dinner bersama company makanan minuman dan dessert semua ok. Aku bagi  4 bintang dr 5 bintang. 

Selamat bercuti!