HATIKU TERSAKITI


Apa sebenarnya yg kita mahu dalam kehidupan kita ni? Yang kita  nak kejar sangat dalam kehidupan kita kat dunia ni? Kenapa setiap kali nampak orang lain bahagia kita rasa cemburu? Orang tu tukar kereta baru, kita sakit hati. Si polan baru saja mendirikan sebuah rumah kita iri hati, kecewa, sedih. Sebabnya kita tak dapat miliki apa yang mereka ada.  Ini semua adalah penyakit hati. Pernah kita gembira melihat kejayaan orang lain? Paling tidak pun kita akan cakap “dia orang senang bolehlah..” Itu pun nada cemburu juga. Ya.. kita bukanlah manusia yang perfect, yg sempurna dari segi fizikal dan rohaninya. Kesilapan dan rasa  memberontak pasti ada dalam diri. Kita ni bukan malaikat kan. Tak lepas juga penulis sering saja melakukan kesilapan dan rasa tak puas hati.

Ada di antara kita hidupnya terlalu terdorong kepada benda yg sepatutnya tak boleh kita samakan. Iaitu sikap selalu memandang apa yang orang lain ada. Sikap terlalu memandang ni boleh jadi parah bila kita suka membanding- bandingkan apa yang orang lain ada dgn apa yg kita tak  ada. Jika kita adalah pasangan suami isteri pasti kita bergaduh.

Orang lain mewah, kenapa kita ni susah?”
“Suami dia tu banyak duit, kerja doktor engineer.. suami aku kerja tukang sampah je..”
“Tengok keluarga orang tu.. asyik berjalan je kesana kesini je. Orang banyak duit.. kita ni?huh..”
“Untung bini dia.. suami dia kerja bagus. Tak yah kerja dah..duduk rumah je. Bahagia sapa jadi bini dia”

Lihat…  bila kita suka membanding- bandingkan kita akan banyak mengeluh daripada bersyukur. Paling teruk suka menyalahkan orang lain atau pun pasangan kita. Tak salah untuk memandang kebahagian dan kejayaan orang lain sekiranya kita jadikan ia sebagai motivasi dan kekuatan untuk menjadi yang lebih baik. Bukan sekadar pandangan negatif yg  membuatkan kita rasa sakit hati sendiri dgn apa yang orang lain ada.

Perkara paling penting dalam hidup ni sebenarnya adalah BERSYUKUR selalu. Tak perlu melihat apa yang orang lain miliki. Lihat kepada kemampuan diri sendiri. Selagi mampu, usahalah sekuat habis. Tak perlu jadi orang lain.  Bila selalu bersukur hati juga akan tenang, aman. Ada hikmah disetiap apa yang berlaku ke atas kita. Disamping tu juga, kita kena sematkan dalam hati yg hidup di dunia ni hanyalah sementara saja. Jadi tak perlu nak bermegah jika kita memang tak mampu. Jika mampu tak ada salah cuma jangan riak dan bongkak. Ingat, jauhkan sikap suka memandang dan membanding2.

Semoga penulis dan kamu semua termotivasi dan bermuhasabah diri. In sha Allah, ganjaran menanti untuk orang yang selalu bersabar  dengan apa yang Allah aturkan untuknya. Tak dapat di dunia di akhirat sana pasti menunggu.

Pssst:  “Cik Jijah bukan ustazah. Bukan juga penceramah. Hanya insan lemah yg punya luahan kalbu..”

Cik Jieja

0 comments:

Post a Comment