Pernah tak pemutar dapur gas korang yg baru je beli tak sampai 2 bulan dah pecah? Mungkin kita beli dapur gas masak yg murah ja tak sampai RM60. Ni kita cerita pada orang yg beli dapur gas murah ya macam aku. Kami bukan orang yg ada-ada tapi sentiasa berwaspada dalam pembeliaan barang agar berjimat. Tapi tulah.. beli murah2 pun cepat rosak. Tak guna juga sebab tak da kualiti.
Dapur memasak pattern lama |
Tapi tak mengapa. Jangan dibuang dulu dapur memasak tu hanya disebabkan pemutar dia pecah dan tak boleh nak buka api gas. Awal2 terjadi pada aku pun tempoh hari rasa down dan rasa nak campak je kat dalam tong sampah dan beli lain. Tapi disebabkan aku pernah bekerja dalam bidang purchasing suatu ketika dulu, semua benda ada alat ganti dia. Rosak si kecil mesti ada peganti kat kedai.
So, korang pergi bawa cooking knob tu ke kedai hardware atau better ke kedai elektronik yg ada jual perkakas memasak, peti ais ke semua tu. Tapi, masa tu aku tak bawa pun sample yg rosak. Masa tu ingat nak saja tanya. Then, aku just tunjuk alat yg ada sama macam kat kedai tu.
Gas cooking Knob yg dah pecah tengah |
Gas Knob yg rosak dah tak boleh nak putar api gas |
Tokey kedai akan tanya gas knob korang ada yang single atau tak da rumah ataupun ke dalam dia punya knob. So macam aku punya tak da yg masuk ke dalam. Harga gas knob tu aku beli RM12. Barang kecil je dan ringan je.
Pasangkan saja pada punat besi |
So bila pasangkan yg baru..dah boleh lah putarkan api gas tu dan masak seperti biasa ya. Alat kecil yg rosak semua ada spare part dia. Just tunjuk kat kedai. Kalau rajin baik buat survey harga. Kadang2 tempat lain lagi murah alat ganti tersebut. Ini lah.. selagi boleh dibaiki.. baik pulih sendiri ya. Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment