HEPARIN : Suntikan cairkan darah

Hai..

Pernah tak dengar suntikan cairkan darah? Atau ubat heparin/ suntikan heparin? Bagi ibu2 yang melahirkan baby tak kira bersalin normal atau czer pasti tahu apa itu suntikan cairkan darah. Tapi suntikan heparin ni hanya untuk ibu yang bersalin czer dan baru je diperkenalkan beberapa tahun kebelakangan ni.

Suntikan heparin dilakukan adalah untuk mencairkan darah selepas proses pembedahan ceaseran bagi mengelakkan berlakunya darah beku yang boleh memasuki jantung dan menyebabkan pesakit pengsan, koma atau meninggal dunia. Bila dulu dah ada kes yang macam ni berlaku jadi pihak KKM telah perkenalkan suntikan heparin ni wajib diambil oleh ibu yang bersalin czer.



Ikut pengalaman aku, suntikan heparin ni kena ambik 2 kali sehari pagi dan malam  selang 12 jam selama 10 hari. Pengalaman aku dah pernah czer tahun 2016 & 2018, kena buat suntikan sendiri bila dah discharge mula pukul 8 pagi dan 8 malam. Suntikan tu dibuat kat peha. Ada orang cakap diorang suntik kat lengan, bahu, perut lah. Tapi, suntikan kat peha adalah paling selamat dan selesa. Sebab kita nampak cara kita nak suntik macam mana kan. Kalau buat sendiri kat lengan dah rasa macam penagih dadah pulak. haha.. tak adalah. sebenarnya mudah buat kat peha. coz kita perlukan dua tangan utk handle suntikan tu. 

Masa kat dalam wad, nurse yang akan suntik kita. So, aku kalau orang yg tolong suntik memang tak nak pandang. Aku akan pandang tempat lain. Scary.. Bila dah balik rumah, nak tak nak kena juga suntik sendiri. Paling sukar bila mula2 nak cucukkan jarum tu nak bagi masuk dalam kulit. Agak liat je rasa. Mungkin tak tahu caranya. Sedangkan nurse dah ajar mcm mana nak buat. Kalau nurse yg buat cepat je dia cucuk kat kulit kita. Mungkin sebab kita buat sendiri terketar-ketar.

Nurse ajar nak suntik kat peha tu letak 4 jari atas peha lepas tu baru tegakkan jarum atas kulit dan tekan sampai jarum masuk ke dalam. Jarum tu lebih kurang 1/2". Tarik picagari naik keatas sikit, kalau tak ada darah masuk boleh tekan picagari turunkan ubat sampai habis. Bila dah cabut jarum tu tak sakit pun.

Sukat heparin 1ml


Andaikan bantal ni peha, tgn kiri cuit sikit peha tu, tgn kanan pegang picagari menegak dan jarum spotkan kat kulit

Tarik picagari naik sbb nak tengok kalau ada darah masuk, kalau tak da darah tekan masukkan heparin ke dalam kulit


Dos heparin diambil sebanyak 1ml/suntikan. Kalau ikutkan aku takut sebenarnya dan tak suka nak repeat lagi suntik sendiri tu bila bersalin kedua ni. Tapi disebabkan aku czer lagi dan takut bila dengar banyak kematian ibu bersalin disebabkan darah beku jadi aku kuatkan semangat menyuntik sendiri. Lebam2 dah kulit peha tu jadinya. Nak suruh suami buat boleh, tapi kang jadi apa pulak. Buat sendiri, biar sendiri yang rasa macam mana kan. 

Apa yang disarankan oleh KKM dan pihak hospital kita kena lakukan. Jangan dah balik rumah, abaikan tanggungjawab menyuntik heparin tu. Kang belakang hari kita tak tahu apa jadi pada diri kita. Kita hanya berusaha. Kalau takut pergilah klinik ke hospital ke. Tapi terpaksa ulang alik la. Tak dan lah kalau aku nak jalan2 dgn sakit bersalin lagi. Haa.. lagi satu, pihak hospital memang pesan. Ubat dan picagari yg ada jarum tu semu bila dah habis 10 hari suntikan kena bagi kat KK utk mereka lupuskan. Mereka tak bagi buang kat rumah. Erm...aku masih lupa nak bawa plastik ubat tu bagi kat KK. hahaha...

Cik Jieja

0 comments:

Post a Comment