CEASER KALI KEDUA BERNANAH JUGA???

Assalamualaikum..

Hai semua. Kali ni aku masih lagi nak berkongsi pengalaman bersalin ceaser tapi ini kali ceaser utk kelahiran anak kedua. Alhamdulillah.. dapat baby boy lagi dan hari ni dah cukup sebulan aku berpantang. Aku memang dah ditakdirkan tak dapat nak bersalin secara normal. Berjam2 kat dalam LR bukaan hanya 6cm je. Tapi kali ni mengandung memang aku layan habislah construction dari rumah sejak petang sabtu sampai lah tengah pagi buta isnin. Baru aku tahu rasa the real of construction. Sebelum ni anak first tak rasa pe pun. Dah kena induce 3 kali pun construction die still boleh bertenang. Construction kali ni memang rasa nak patah tulang pinggang. Nangis tak keluar air mata. Meraung tak keluar suara. Sakit tak terhingga siap minta doktor czer je. Doctor bebel aku pagi buta tu sbb aku minta czer. Last2 czer jugak sebab baby dah lemas makan najis la. Aku dah sibuk sakit sangat, asyik kena tebiu je dari LR sampai OT, dok soal jawap sejarah penyakitlah..confirmkan nama, ic semua lah. adoiii...

Aku ingat bila berpantang rumah mak mertua semua akan baik. Tapi semuanya ok pun cuma bab luka czer ni tak lepas juga dari bernanah. huhu... dulu anak first pantang sorang2. Lagi teruk czer bernanah 2 tempat dalam 3-4cm cam tu pada hari ke-20. Now, aku perasan yg luka bernanah tu pd hari ke-8. Masa pagi nurse KD datang cek baby ngan aku sekali dia siap tolong lapkan tempat czer. Nurse cakap czer ok.Tak sangka pulak petang tu aku rasakan macam ada benda mengalir je. Ada lubang kecik dan bernanah kat hujung czer belah kanan. Time tu mula lah nak lost sgt. sedih! Dahla petang tu nak pergi cek kuning anak lagi kat klinik bandar botanik. Rasa nak jalan pun kecut perut. Dengan rasa sakit lagi kat dlm perut. Macam membengkak merah kat kawasan hujung czer tu. Aku gagahkan diri jugak pergi bawa baby cek kuning. Mujur baby letak dalam car seat ngan stroller je. Suami yg handle baby. Aku jalan sorang perlahan2. Balik je dari cek jaundice baby, aku ajak husben singgah farmasi. Aku explain kat ahli farmasi yg luka czer bernanah so ubat apa yg sesuai. Aku nak minta ubat makan antibiotik dia tak berani bagi. Hanya doktor saja yg boleh suggest. So, dia bagi aku air garam (sodium) utk cuci luka dgn krim antibiotik utk sapu kat kawasan czer lepas dressing dgn sodium tu. Gambar boleh tengok bawah. Harga sodium, krim ngan kain kasa tu lebih kurang RM44.

Setiap kali lepas mandi je, aku akan duduk lunjur kaki kat katil hadap kipas on kan laju, kepit cermin petak yg size besar sikit kat celah kangkang kaki (sorry to say agak tak senonoh perangai tapi tu cara terbaik nak lihat lebih jelas kawasan czer. cam aku ni perut berlipat lemak.huhu). So, cara aku dressing:

1) Sediakan kapas/cutton bud baby or kain kasa atau sterile gauze swabs. Aku selesa guna kapas je cuci. Kain kasa ni boleh pakai time tutup tempat czer jika perlu. Aku beli tak guna langsung. 


»Beli kat kedai je cotton wool ni. Guna cotton bud yg buat cuci pusat baby tu pun senang sikit. 

2) Tuangkan air garam atau sodium chloride dalam bekas bersih. Ambil kapas basahkan dengan sodium ni lepas tu cuci sekitar kawasan czer tu sampai bersih. Ulang cuci paling kurang 3x. Yg kawasan bernanah tu cuci lama sikit. Aku tekan slow2 tempat bengkak tu utk keluarkan nanah sampai nanah tak keluar dah.  Lepas tu ambil kapas bersih lapkan kawasan czer then keringkan depan kipas. Tak yah lama2 sebab tadi dah lap kering2 kan.



3) Sapukan krim antibiotik fucidin pada kawasan czer. Yg tempat bernanah tu aku apply byk sikit then aku tutup dengan kapas. Melekat dah kapas tu xyah selotape. itupunmeleka melekat sebab perut aku berlipat lemak. haha..Kalau tutup guna kain kasa tu kena selotape la. Krim fucidin ni warna dia jernih je cam gel. Krim ni adik beradik dengan fusicot krim utk luka jugak. But better guna yg ni.



Setiap pagi dan petang aku dressing sendiri selepas mandi. Korang kalau yg czer tu jgnlah takut nak mandi. Korang mesti kena mandi. Aku hari ke-6 start mandi. Sebelum tu lap2 je. Sebenarnya mandi tak de masalah. Cuma lepas mandi kena lap2 kering2. Kalau tak mandi mudah kena jangkitan bakteria kat kawasan czer tu.

Cerita ni belum habis lagi setakat dressing tu. Dah seminggu aku dressing cuci nanah sendiri still tak kering2 nanah tu. Apa silapnya? Nurse KD dtg cek dia tanya ada nanah luka awak ni. Actually, nurse ke doktor ke tak bagi kita sapu ubat gamat ke, manjakani ke or apa2 krim kat luka czer. Diorang suruh cuci dgn air bersih je. Guna ubat cuci pusat anak pun xboleh. Tapi, aku balik dari spital lepas bersalin aku lap2 jugak dgn air bersih pun tetap jugak czer bernanah. ermmm... So aku refer kat PAC hospital Klang.  Asalnya, aku kena buat FBC kali kedua utk ambil darah kat lengan tu lepas kita habis 2 minggu buat suntikan heparin kat peha tu. Aku mengadu terus kat doktor situ pasal luka czer aku bernanah. Doktor pun nak cek. Alhamdulillah...

Lepas je tukar kain pink aku disuruh baring kat katil. Dtglah doktor pelatih soal pasal luka czer sejak bila. Ada demam ke tak.. Da lepas amik keterangan dtg ketua doktor yg pecahkan air ketuban aku masa kat dalam wad haritu. Doktor tu memang lemah lembut tp boleh tahan jugak cara dia. Dia nak ambil sampel nanah kat luka yg berlubang tu. Bila dia swap je guna alat cam pengorek telinga tu kat lubang czer yg bernanah tu, mengaduhh jugak aku sakit kot dia boleh korek lagi dalam kat lubang czer tu. adoiii.... ingat dia just swap nanah yg mengalir je.huhu.. Doktor anggarkan lubang nanah tu 0.5sm. Bila sampel dah diambil, nurse dtg dressing. Dia cuci dgn sodium je. Da settle, doktor bekalkan aku ubat makan antibiotik selama seminggu dan kena dressing kat KK selama 2 minggu. After that, kena jumpa balik doktor utk cek luka tu. 



Aku dressing kat KK sehari je disebabkan husben kerja sape yg nak hantar setiap pagi. Lagipun dressing kat KK pun aku tengok guna air garam sodium tu jugak. Just cuci dan lap kering2. Tak da sapu ubat apa2 pun. Cuma bahagian yg bengkak merah tu mesti kena tekan2 sikit utk keluarkan nanah. So aku teruskan dressing sendiri guna sodium dgn krim antibiotik yg aku beli kat farmasi. Tapi itu utk luka luaran kita kena rajin dressing. Utk dalaman kita xtahu macam mana keadaannya, so jgn tinggal makan ubat antibiotik yg doktor bagi.  Aku pun start makan ikan haruan 2 ekor lepas tu makan pil ikan haruan pulak. Makan minum pun kena jaga.  Alhamdulillah, tempat yg membengkak tu dah surut. Dah tak sakit dalam tu. Lepas tu tak sampai seminggu, lubang tu cam dah tutup. Luka cam dah kering sbb tekan2 tak ada nanah yg keluar dah. But sampai la ni aku tetap dressing macam biasa. 

Aku berpendapat klu ada rasa membengkak kat kawasan czer kt, lepas tu merah je maknanya ada berlaku jangkitan dari dalam. Sebab tu keluar nanah. Biasanya membengkak  tu kat kawasan paling hujung sekali sbb tempat jahitan last yg diikat/ditutup agak rasa tebal sikit. Itu aku lah. tak tahu lah org lain.

Faktor2 lain juga keluarnya nanah disebabkan:

1) Kalau badan berisi macam aku ni perut berlemak berlipat lagi jadi mudah kena jangkitan kuman.
2) Terlalu banyak pergerakan. Macam aku hari ke 4 je dah kena turun naik wad sebab baby kena tinggal kat hospital. Kena ulang alik klinik lagi cek jaundice.
3) Tak nak mandi dan takut punya pasal nak tengok kawasan czer tu so abaikan utk lap/cuci kering2 kawasan czer tu. Bila tak mandi tak cek kawasan czer tu, kawasan tu mudah berpeluh dan berbau. Bila berpeluh kuman mudah membiak. Bila dah berbau ha ada la tu kuman.
4) Makan tak jaga. Semua tibai je. Paling penting ikan berduri, telur ke ayam ke ada yg boleh gatal, makanan berminyak kena pantang jgn makan. Sebab boleh jadikan luka czer dalaman gatal dan berair. Dalaman kita xtahukan. 


  









3 comments:

  1. Sis boleh contact ke? Ada nak tanya sikit. Sebab mcm sama jer alami. Saya br lepas bersalin. Hari ni hari je 17, czer jugak mcm sis. Baru perasan semalam mcm ada nanah jugak. Tapi saya xde demam.

    ReplyDelete