PERNIKAHAN SECARA WALI HAKIM: Kes ayah tidak dapat dikesan/hilang


PERNIKAHAN SECARA WALI HAKIM: Kes ayah tidak dapat dikesan/hilang

Assalamualaikum,..

Siapa pernah nikah guna wali hakim? Tak ramai tp pasti ada segelintir orang yg menggunakan pernikahan secara wali hakim. Nikah secara wali hakim ni ada banyak sebab. Salah satu sbb bila wali kt iaitu ayah, abg, datuk  atau pak sedara atau keluarga lelaki sebelah ayah kt tak de utk  nikahkan kt disebabkan telah meninggal dunia ke, atau kt memang anak tunggal tak de pak cik lelaki belah ayah, atuk dah tak de  termasuk jugak ayah yg hilang tak dapat dikesan atau pun ghaib. So boleh guna wali hakim.

Biasanya bila wali sah tu meninggal dunia wali tu boleh turun pergi abg, adik, datuk atau pak sedara sebelah ayah. Tapi, berbeza dgn kes yg walinya tak dapat dikesan/hilang atau memang tak pernah jumpa, bukan senang nak pergi kpd wali sah yg lain sbbnya ayahnya belum pasti  meninggal dunia. Surat kematian taka da. So, sebelum nak mohon guna wali hakim kena ikut prosedur mahkamah iaitu iklankan pencarian wali di surat khabar dulu.

Sebelum tu, apa2 refer kat pejabat agama islam daerah (PAID) yg terdekat. Tak payah nak sedih2 fikir wali tak ada. Merekalah yg akan beritahu apa yg perlu kt buat bagi kes yg walinya tidak pernah berjumpa atau hilang. Bukan senang2 je nak minta nikah guna wali hakim ya. Pengalaman aku lah, agak mencabar jugak nak nikah dulu. Turun naik mahkamah. Semua document issue by court  je perlukan kos.  Kat sini aku nak cerita pasal nikah guna wali hakim bagi mereka yg ayahnya hilang/tak pernah jumpa/tak dapat dikesan saja. Yg walinya tak nak nikahkan ke, kahwin lari ke semua mungkin lain sikit kes penyelesaiannya.



Prosedur permohonan nikah secara wali hakim : wali ghaib/hilang/tidak dpt dikesan
      1) Pergi Pejabat agama islam daerah (PAID)
-Pendaftaran dokumen dan borang nikah serta kaunseling. 
**Bayaran pendaftaran: RM10

     2) Dapatkan surat permohonan wali hakim yg dikeluarkan oleh ketua pendaftar nikah, cerai dan rujuk PAID kpd penolong pendaftar mahkamah rendah syariah.

      3) Pergi  mahkamah syariah-Permohonan
-       Bawa dokumen2 yg telah lengkap:
·         borang 2C (permohonan kebenaran berkahwin perempuan)
·         borang 2A (permohonan kebenaran berkahwin lelaki)
·         borang 2D (persetujuan wali & wakalah—guna wali hakim)
·         borang 3A (kebenaran berkahwin dlm negeri Selangor, dikeluarkan oleh ketua pendaftar nikah, cerai dan rujuk PAID)
·         IC bakal pengantin lelaki & perempuan
·         sijil kelahiran perempuan
·         surat lanjutan ke mahkamah oleh pendaftar NCR paid
-   Subm it 2 set  dokumen copy dan asal dan daftar di kaunter pendaftaran
- Isi maklumat dalam borang MS 3: ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH N.SELANGOR/ BORANG PERMOHONAN. (ni adalah borang utk kt mendapatkan perintah bernikah secara wali raja/hakim)
-   Isi maklumat berkaitan dalam borang  MS 26: AFIDAVIT/BERSUMPAH ATAU PENGAKUAN.
-    Pihak pendaftar mahkamah akan keluarkan tarikh perbicaraan seawal yg mungkin.
-     Kita diminta datang awal masa hari perbicaraan nanti dan perlu bawa seorang saksi.
**Bayaran pengurusan: RM44

       4)  Perbicaraan Mahklamah –HARI 1
-  Masa hari prosiding, mesti bawa saksi terdekat samaada ibu, ibu saudara, abang kandung atau pak sedara yg tahu keadaan kt yg sebenar. Mereka akan jd saksi kpd mahkamah apa yg berlaku pd diri kt. Kalau kt mengaku depan hakim “saya tak pernah berjumpa ayah sejak di lahirkan..” bila hakim panggil saksi pula, saksi cakap “ayah dia baru saja hilangkan diri sejak beberapa tahun lepas” Kan dah jadi keraguan pihak mahkamah. Mana satu yg betul kan?. So beware, bawa saksi yg boleh dipercayai, boleh bercakap dan tahu keadaan sebenar agar kes berjalan lancar. 

-       Soalan yg ditanya hakim:
·         “Kenapa kamu berada di mahkamah rendah syariah kuala… pada hari ini bertarikh….jam…?”
·         “Dengan siapa kamu datang hari ini? Ada bawa saksi bersama?”
·         “Berapa lama tak jumpa ayah kandung?
·         “kamu ada cuba cari tak..”
-    Lepas semua keterangan dan soalan dijawab, seingat aku kena baca teks pengakuan sumpah yg disediakan. Lupa.. kena angkat sumoah sebelum perbicaraan atau selepasnya. Bila kt beada dlm prosiding mahkamah kt mesti bercakap benar dan jujur.

-       Kesimpulan dari tu, hakim akan bagi tahu yg kt perlu buat pengiklanan pencarian wali dulu melalui media massa iaitu surat khabar dlm tempoh sebulan sbbnya tak da bukti wali meninggal dan tu adalah 1 prosedur mahlkamah. Kalau yakin memang wali tak akan muncul tu belakang kira. Yg penting dah usaha. Hakim juga beritahu format utk buat iklan dan tarikh perbicaraan semua boleh refer to counter.

-  Di kaunter, kt akan dapat format & size nak buat iklan dgn notis penangguhan utk sebutan semula kes/keputusan dlm tempoh sebulan dari tarikh perbicaraan pertama. Pegawai pendaftar pun ada cadangkan paling murah nak buat iklan melalui utusan Malaysia. So, tak fikir panjang..balik aku terus call utusan Malaysia sbb masa singkat. No telefon? Aku gugel je nombor tu. Bila da call tu, adalah staff tu cakap kena call bahagian buat pengiklanan and dia pun bagi nombor tu.  Last nanti aku bagitahu format iklan tu cam ne.
**Bayaran dokumen dan perbicaraan: RM13

5)  Perbicaraan Mahklamah –HARI 2
-      Selepas sebulan dari tarikh penangguhan prosiding yg pertama, kt kena dtg semula ke mahkamah utk perbicaraan kali kedua dgn membawa keratan akhbar sbg bukti yg kt dah iklan pencarian wali tersebut.
-       Soalan yg ditanya hakim:
·         “(hakim sebut nama penuh pengadu/pemohon).. ada tak wali sah kamu iaitu ayah kamu hadir pada perbicaraan hari ini?”
·         “Ada kamu buat pengiklanan pencarian wali? Melalui akhbar mana…?”
·         “Sila serahkan pada hakim keratan akhbar yg kamu sudah iklankan..”
-     Bila keratan ahkbar diteliti hakim dan segala keterangan diperiksa tak lama lepas tu hakim buat keputusan yg aku dibenarkan utk berkahwin meggunakan wali hakim. Tapi bukan hakim tu ye yg akan nikahkan kt. Kt kena nikah kat pejabat agama islam daerah.
**Bayaran dokumen dan perbicaraan: RM4

       6) Surat penghakiman/keputusan
        -  Lepas 2 hari surat penghakiman   iaitu   Borang MS 28: Keputusan mahkamah dan perintah meluluskan permohonan utk b erkahwin dikeluarkan.
- Dlm borang tu tertulis dari hakim yg meluluskan permohonan perkahwinan melalui wali hakim.
- Surat (borang MS 28) tu dgn dokumen asal semua kena bawa semula ke PAID utk diproses.
-  Perlu tandatangan dan bayaran proses : RM14



Format iklan melalui akhbar Utusan Malaysia

Qoutation dr pihak akhbar


Aku just email je maklumat yg diperlukan dalam format tu kpd pegawai bahagian pengiklanan. Dan setelah kt bank in payment ke utusan Malaysia, pihak akhbar akan beritahu kt tarikh bila iklan tu akan disiarkan dalam surat khabar. So mudah utk kt beli surat khabar tu nanti.
Bayaran: 1 hari pengiklanan RM47.20 So, aku hanya buat iklan  utk 2 hari RM94.40

Psst: “ Bayaran2 yg dinyatakan adalah pada tahun 2014. Kalau sekarang mungkin dah berubah sikit..”


Cik Jieja

36 comments:

  1. Assalamualaikum.. saya ada masaalah yang sama mcm cik. Boleh saya tau untuk siarkan di surat khabar perlu siarkan hari2 selama sebulan atau beberapa hari sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam sis atiqah. Sis boleh buat 2-3 hari iklan dah mencukupi. Pihak akhbar akan siar ikut berapa hari kt nak. Lagi pun kos iklan sehari pun dah mahal. Pihak mhkamah cuma bagi kt tempoh sebulan tok iklan pencarian. Harap terjawab. :)

    ReplyDelete
  3. Salam..tempoh sebulan tuh mmg wajib ke..mmg kne tggu smp.sbulan ye..mksud sy kalo kt bt iklan dlm masa semggu..kne tggu sbln jgk ye bru msuk mahkamah blik

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ye. Mahkamah arahkan kita utk iklan dan pencarian dlm tempoh sebulan. Tempoh sebulan diberi tu memang syarat yg kt kena berusaha utk cari wali. Mereka akan bagi tarikh next prosiding bila tempoh sebulan dah cukup.

      Delete
    2. Assalamualaikum sis cik jijah saya nak tanya next prosuder tu perlu bawa bapa saudara sebelah bapa tak ?

      Delete
  4. assalamualaikum sis, bleh bg email address utusan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf sis.terlalu lewat reply.. mungkin urusan sis pun da selesai.. xpe cuba email di ..
      hamidah.shaari@utusanmedia.com.my

      Delete
  5. Assalam sis..saya ada isu yg sama dgn sis..kalau kita iklan sehari je boleh? Lg satu, boleh saya dapatkan contact utusan malaysia? Saya google x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ingat tak de masalah sis.. yg pntg kt da iklan.. tapi seeloknya 2 kali la. nmpk sikit usaha jejak tu hihi.. no telefon sy xsimpan da.. tp cuba email ni
      hamidah.shaari@utusanmedia.com.my

      Delete
    2. macam mana nak cari bapa untuk jadi wali nikah?nak buat iklan kah dalam surat khabar?

      Delete
  6. Kalau atuk tinggal di indon. Tapi tk jumpa dh tk pnah knl sejak kecik . Macam mana pulak ye .

    ReplyDelete
  7. salam,saya nak tanye,mmg mahkamah cume terima iklan dari akhbar sahaja ye? kalau buat melalui whatsapp or facebook mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ye.. seingat saya tak boleh. Prosedur pencarian memang melalui akhbar. Jika melalui WhatsApp atau Facebook tidak diterima.

      Delete
  8. Bolh tanya klau nak isi borang utk wali hakim tu kena pakai huruf besar smua ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Sekadar tulis biasa. Hanya huruf besar utk permulaan perkataan.

      Delete
  9. Maaf..sy nak bertanya boleh tahu soalan yg akan di ajukan kepada saksi

    ReplyDelete
  10. Boleh tahu soalan kepada saksi..mohon di jawab tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat membalas. Soalan kepada saksi mungkin berbeza ikut kes yg anda hadapi. Macam saya, Hakim bertanya makcik saya sebagai saksi soalan berkaitan kehilngan wali bagaimana, bila, berapa lama tak berjumpa.. kenapa wali tak bersama dengan anak dia...

      Delete
  11. berapa bulan sebelom nikah ye nak amik borang tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk kes macam ni, yg tak ada wali baik diuruskan dlm tempoh 3 bulan awl sebelum nikah. Blan pertama proses pendaftran nikah, prosiding mahkamah. Bulan kedua target utk pengiklanan akhbar sebulan. Bulan ketiga perbicaraan dan seterusnya pernikahan. Better 4 Bulan awal lagi baik.

      Delete
  12. macam mana nak buat iklan dalam surat khabar cari bapa untuk jadi wali nikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh call pihak akhbar. Cari contact bahagian pengiklanan Surat khabar Sama Ada gugel atau melalui FB. Jika perbandingan harga utusan Malaysia pengiklanan diorg murah sikit.

      Delete
  13. Assalam sis sya pon sma kes mcm sis..boleh tau berapa hari kena bt iklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Iklan boleh buat untuk 1 hari atau lebih. Ikut bajet Kita sis. Boleh discus dengan pihak akhbar

      Delete
  14. Assalamualaikum, nak tanya kalau gunakan wali hakim. Tp tarikh nikah dah ada, perbincangan antara lelaki dan perempuan. Boleh ke tarikh tu wali hakim ikut atau wali hakim tentukan tarikh sendiri. Mohon maklum balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh nikah tu x jadi masalah pon .. sebab kita boleh tukar bila2 ,ikut mase kite sndiri asalkan sume urusan selesai
      Dan dibenarkan guna wali hakim ..

      Delete
  15. Assalamualaikum. Saya pun tgh process nak guna wali hakim tp nak tnya adakah procedur pengiklanan melalui akhbar tu utk mngesan wali hakim masih digunakan sehingga hari ini ?? Sebabnya Puan punya posting ni 2 tahun yg lepas..

    ReplyDelete
  16. Salam..sya nak tanya harga untuk iklan 1 hari di akbar skrng brape.. Sbb saya di suruh pihak mahkamah buat iklan penyampaian ganti di akbar..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum. sya nk bertnya klau sya buat iklam akhbar sebelom pergi ke mahkamah boleh tak

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum puan , boleh bertanya jika saya menggunakan wali hakim . boleh kah saya dinikahkan di rumah selain daripada PAID?

    ReplyDelete
  19. Nak tanya, kalau pencarian n iklan tu buat sebelum dpt perintah mahkamah - bolehke?

    ReplyDelete
  20. Nak tanya, kalau pencarian n iklan tu buat sebelum dpt perintah mahkamah - bolehke?

    ReplyDelete
  21. Assalam nak tanya...kalau memang status dia..dari surat beranak tidak diketahui... Dari bayi sampai ke besar..tak pernah tahu ibu ayah dia...and nama binti abdullah (nama untuk yang status tidak diketahui)..and dia dibesarkan mak ayah angkat dia ..ambik kt macam tempat jagaan anak2 tu?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.nk tnya,Sy nk berwali Hakim sebab ayah dh meninggl Dan surat nikah mak ayah tkde,so urusan nya nti mcm mn ya.hakim nk bt mcm mn

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum kalau kes pakai wali hakin sebab anak tak sah taraf pun kena bawa saksi ke?

    ReplyDelete