Friday 8 May 2020

Pendapatan Google AdSense tak dapat ambil melalui Western Union???

Hai semua.. aku nak share sikit pendapatan aku melalui Google AdSense. Selama hampir 7 tahun aku berblogger..daripada 0 aku study bagaimana org cakap buat blog Jana pendapatan. Then, setelah aku tahu melalui pengiklanan so aku baru saja start register Google AdSense ni hampir 4 tahun lalu. Aku tak faham sangat nak setting Google AdSense. Just tekan2 je. Automatik keluar sendiri medium pengiklanan yg simple2 dalam blog aku ni.

Nak dapat gaji dari Google AdSense ni mestilah mencapai 100 USD dolar threshold. Nak dapat capai USD dolar tu semua dari hasil pembaca yg singgah ke blog kita, Sama ada dia klik iklan tu ke dia read dapat lah 0.01 USD dolar. Ikut pertukaran matawang terkini hari ini 8 may 2020 adalah 0.01 USD = 0.043 Sen hampir mencapai RM0.10 Sen. Memang sikit..tapi lama2 jadi bukit.

Actually, nak capai 100 USD tu agak susah jugak. Depends on your entry dalam blog tu. Kalau menarik ramai yg visit. Aku terkejut juga, entry aku yg tiba2 capai 100 USD paling cepat adalah disebabkan entry Cara penutupan ASB tu. Ramai pulak yg dok search entry tu masa bulan Dec 2019. 

So, Google AdSense Pon bayar payment aku melalui Western Union. Asalnya, aku choose payment method via wire transfer to bank. Tapi, aku risau kalau tak dapat transfer dalam bank aku ke apa...so aku guna western union. Cara dia senang je. Ko pegi lah mana2 agent seperti bank atau pejabat pos yg menawarkan perkhidmatan western union : send or received payment. Bank yg selalu terlibat seperti Maybank, Agro bank, public bank Dan RHB bank.



Tapi, yang sedihnya...nasib aku tak berapa baik. Google singapore isu payment pada 20 Mar 20 yg lalu. Time PKP fasa 1 tu. Semua bank tutup dan pos ofise pun tutup. So tak pe..aku fikir ada masa 60 hari lagi nak cash duit tu. So masa PKP fasa 3 bank, pos laju dah buka.. tapi semua agent tu close counter untuk urusan western union. Call Maybank Agro bank pun cakap benda sama. Sampai fasa tahap 4 ni pun masih tak boleh collect cash melalui Western Union. Pada 20 May ni tempoh tamat utk cash via Western Union. 

So, aku berserah jelah kalau duit tu akan burn macam tu saja atau duit tu akan ditransfer ke akaun bank kita. Tak pasti. Tunggu the next new okay.. kalau dah rezeki kita tak kemana ye. Kalau dah bukan mungkin ada lah kekhilafan kita situ.

No comments:

Post a Comment