BORANG RM100 SEHARI : Salah Faham Vs Pencerahan

Hai..assalamulaikum semua. Dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) oleh kerajaan hari yg ke- 6 terdapat  beberapa inisiatif atau usaha kerajaan persekutuan telah dibentangkan hari ni termasuklah pengeluaran EPF akaun 2 sebanyak RM500 bermula 1 April sehingga cukup 1 tahun dan pembayaran pada May akan datang. Tak Lepas juga awal- awal lagi  di Facebook dan whatsapp dikongsikan oleh page FB dan netizen  dengan Bantuan Khas -Covid-19 oleh pihak Nadma iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara sebanyak RM100 sehari.

Tapi, rata-ratanya netizen bulat2 share kat Facebook ke.. kat WhatsApp group  ke tanpa  menjelaskan apa sebenarnya bantuan ini. Bantuan RM100 ni adalah Khas utk PESAKIT saja! Pesakit tersebut adalah positif covid-19 yg sedang menjalani rawatan di hospital (warded) dan juga yg suspect covid-19 dimana mereka ni kena tahan dan kena kuarantin pihak hospital kat rumah. 

Bantuan ni bukan untuk kita yg company tiba2 tak bayar gaji kita sewaktu perintah kawalan pergerakan. Atau pun utk peniaga- peniaga pasar tani/malam ke yg memang hilang punca pencarian mereka. 

Jadi, sebelum kita share apa- apa kita tolong selidik sikit keseluruhan syarat-syarat dan keperluan borang tersebut. Janganlah kita share bulat2 info yg kita dapat. Kita tolong buat review sikit ke..Pencerahan sikit ke kan. Sebab rata- ratanya ramai dah salah faham termasuklah aku. Nasib baik aku buat review awal keseluruhan borang tersebut... 






Kalau you all's masih ragu2 dengan apa yg aku cakap kan..better korang baca baik2 syarat2 kelayakan dia kat atas ni. Aku tolong screenshot. Atau pun korang masuk FB korang pergi tengok komen2 yg diorang dah tanya dan telah dibalas oleh pihak Nadma. Tekan link ni : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2673912546176670&id=1648230498744885

Cuba baca salah satu komen ni kat bawah: 
Page FB:  Agensi Pengurusan Bencana

Jadi, khas untuk mereka yg ada kes covid-19 yg disahkan positif atau yg dikuarantin KKM yg hilang punca pendapatan atau yg masih bekerja tapi majikan tak bayar mungkin sebab perkerja kontrak ke SEWAKTU rawatan KKM boleh la memohon bantuan khas yg disediakan pihak Nadma. Semoga anda terus kuat melawan wabak ini dan sembuh sepenuhnya. 

Buat kita semua yg kena lalui tempoh perintah kawalan pergerakan kat rumah, always stay at home, terus ibadah terus berdoa agar kita semua bebas dari wabak covid-19 ni, semoga lenyaplah virus ni sebelum datangnya Ramadhan agar kita semua menjalani rutin hidup yg normal dan tenang seperti sebelumnya. aminnnn...









0 comments:

Post a Comment