Shell out sempoi ja..

Hai assalamualaikum.. 

Hari ahad ni teringin rasa nak makan shell out.  Tapi tak nak order or makan kat luar.  Bila skroll fb ternampak org shell out cam best je.  Husben pun tanya buatlah shell out.  Kumpul2 resepi dari gugel penink gak.. byk gaya dan perasanya. So,  aku buat simple je lah. Pada pandangan aku shell out sedap makan tabur atas meja, pastu makan ramai2 baru syokkan. Lepas tu paling penting kuah dia kalau guna cili kering lagi sedap.  Cili blend aku dah habis so aku guna cili boh.. Huhu kureng sikit rasa dia.  Okaylah.. Meh kat bawah ni aku share resepi aku yg xberapa nak sodap ni. 😂

Resepi : Shell Out sempoi (utk 3 orang makan) 

BAHAN2:

Bawang Merah - 1 biji ~ tumbuk/kisar
Bawang Putih - 4 biji ~tumbuk/kisar
Halia - 2 inci ~ tumbuk/kisar
Belacan-sedikit~tumbuk/kisar∆

Bawang Merah- 1 biji ~hiris halus
Bawang Putih- 2 biji~hiris halus

Garam & gula- ikut rasa
Cili kering- 10 tangkai- kisar halus
(Aku guna cili boh je..) 

Sos Tiram- 3 sudu besar
Sos Ikan- 1 sudu teh
Serbuk kari - 1 sudu besar
Daun Kari
Serai- 1 ulas ~ dititik


Udang - 10 ekor
Sotong- 3 ekor size M
Ketam- 1 ekor
Kepah
Kerang

Jagung- sebiji
Kentang- sebiji 



CARA:

1) Basuh seafood tu semua bersih2 dan toskan.  Selepas tu rebus air then masukkan semua seafood tu dlm air yg didih.  Xyah rebus lama2 k.. 




2) Rebuskan juga jagung dan kentang.  Kalau ada brocoli lagi nikmat gak.  Aku tak sempat nak capai brocoli kat market tadi.  Haha


3) Tumiskan bahan2 yg dikisar/tumbuk.  Da naik bau masukkan bawang yg dah diracik halus. 


4) Da wangi,  masukkan cili kisar tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sesudu gula.  Dah pecah minyak masukkan serbuk kari sedikit dan taburkan daun kari.  Masukkan juga sos tiram,  perasakan garam serta masukkan sos ikan.  Tumis sehingga rencah masak dan letakkan juga sedikit perasa kiub ayam ke bilis ke kalau nak.  Aku xletak. 


5) Kuah shell out dah masak boleh masukkan semua seafood tu dan gaulkan. Dah sebati boleh sedia dihidangkan atas plastik putih ke or macam aku masuk je dalam mangkuk besar.  Haha..  Xde nak shell out atas meja.  Next time boleh shell out kat kedai syok sikitkan.  



Okay,  paling penting u olls mesti guna cili kering kisar sendiri tu tau.  Janganlah beli yg da readymade tu cam cili boh tu. Tak sedap sangat rasa dia.  Nak wangi kuah tu letak daun kari selera sikit.  Aku tak letak asam keping sebab dah buh sos ikan.  Ada setengah org dia letak lemon.  Rasa lagi bes tu.  Apa pun syukur apa yg ada.  Alhamdulillah. 

Psstt: 'naik gatai lah tempat czer aku makan campur2 seafood ni.  Adoiiii... '

0 comments:

Post a Comment