SEBUAH PERKAHWINAN

Alhamdulillah...Diana Amir selamat diijabkabulkan menjadi pasangan yang sah disisi Mohd Habibullah A. Rahman pada Jumaat, 25 Oktober yang lalu.

Sangat2 tahniah ye buat DianaHabib atas pernikahan yang telah bersatu.Sangat cantik baju pernikahan Diana dengan selendang yang dikenakan padanya membuatkan Diana sangat2 ayu...

Ana bila lagi ye??? Umur Ana tahun ni dah genap 25 tahun 4 bulan.
Diana Amir menjadi seorang isteri pada usia 27 tahun. Ramai kawan2 Ana semua selamat menjadi isteri kepada insan yang bernama suami. Penyatuan cinta mereka berjaya... :) barakallah hula kuma.. yang beranak pinak pun da ramai.  Hii..

Namun begitu, semua ni kembali kepada Nya. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya terletak atas kuasa Allah swt.

Ada :

* yang bercinta bertahun2 putus tanpa diduga-sia2
* susah nak jatuh cinta..tiba2 jodoh datang menerpa terus sahaja berumahtangga-Alhamdulillah

Semua itu tak terduga. Bagi Ana, pengalaman Ana adalah yang pertama. Kerana itu di kala umur suku abad ni masih belum disunting. Mesti tertanya2 kan... pengalaman yang pertama? Yang mana.. tu ha 'yg bercinta bertahun2 putus jua'.

Huhu...jodoh tak kesampaian.. pelamin angan ku musnah...?? Hahah
Tak dalah.. Ana percaya Allah sedang menguji, insyaAllah.. dengan kuasa Allah, Allah hadirkan seseorang yang lebih2 baik berbanding sebelumnya. Aminnn.. mudah-mudahan.

Apa pun.. SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA KE SYURGA YE DIANA AMIR BERSAMA SUAMINYA.

0 comments:

Post a Comment