Ibn Abbas berkata, “Satu kesukaran pasti mendatangkan dua kemudahan.”
Wahai orang yang dirundung derita,
Sesungguhnya derita itu ringan,
Bergembiralah dengan kebaikan,
Kerana keringanan datang dari Allah.
Putus asa kadang memutuskan harapan,
Janganlah sekali- kali berputus asa,
Kerana kebahagiaan datang dari Allah,
Allah menjamin setelah kesukaran pasti ada kemudahan.
Janganlah sekali- kali risau,
Kerana Tuhan Pencipta itu Allah,
Apabila engkau mendapat cubaan,
Maka percayalah pada Allah dan relakanlah.
Sesunguhnya yang memberi cubaan itu Allah,
Demi Allah, engkau tidak punya siapa pun selain Allah,
Maka cukuplah bagimu dalam segala hal itu Allah.
Dipetik dari : Janganlah bersedih, Kebahagian Pasti Bersamamu!
Oleh : Madar Al- Wathan
0 comments:
Post a Comment