Family Trip ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum.

Kali ni nak story tentang percutian keluarga ke pulau pangkor. Sebelum terlupa dan malas, cepat2 nak up kan cerita ni kat blog. Cerita pasal pulau pangkor ni ramai je yg up kat blog. Tapi, masing2 punya cerita dan rasa sendiri. Tempat sama je.. Tapi mgkin ada perubahan mengikut peredaran masa.

Kami pergi semuanya dalam 4 kereta. Pak mak mertua, biras & kak biras, anak buah, abg ipo ngan adik laki adalah dalam 6 keluarga mcm tu. Kitaorang bergerak dalam pukul 11pg dari TPG. Siap singgah kedai seafood org kelate dlm pukul 2pg mcm tu kat tanjung karang. Nasib tak berapa baik, bila kereta masing2 stop tepi jalan. Abg ipo ckp jambatan nak ke lumut tu ditutup. So, perjalanan 4jam boleh jadi 6 jam disebabkan perlu mencari alternatif lain dgn memusing satu perak cam tu. So mmg jauh perjalanan kami. Igtkan kitorang x jd pergi.. Patah balik ke. Tapi, dgn follow je kereta abg ipo paling depan akhirnya smpai juga ke terminal jeti lumut dgn berpandukan waze. Sampai di masjid al-adly jam 6.20pg, masing2 tunaikan solat subuh. Jam 7 cam tu, kami pergi mengisi perut di kedai mamak seberang jalan sementara menunggu parking kereta dibuka.

Caj parking kereta di dalam bangunan milik Majlis Perbandaran ni adalah RM0.60/jam.
Aku rasa tak sabar pulak bila tengok pulau yg jauh kat depan sana. Maklumlah pestime jejak kaki kat Pangkor. Berbanding dengan mak pak mertua, suami & keluarga adik beradik suami semua dah biasa dengan percutian pulau ni.

Pemandangan dari tempat parking 

Bila dah sampai kat terminal jeti lumut tu, abg ipo dan lain2 sedang discuss & decide nk pilih tempat pginapan semua. Kat situ, memang siap ada agen yg tunggu utk advise pengunjung yg dtg dgn memilih pakej percutian & penginapan mereka. So xyah pening2 sgt.  Kami decide menginap di Nipahmas Challet. Harga penginapan sebilik dalam RM150 boleh muat 5-6   orang. Jika walking sendiri tanpa agen kat terminal tu rasanya lagi murah kot. Da settle tok menginap, time nak bayar tambang feri. Harga tiket feri sekarang RM14 da naik dari sebelum2 ni RM10 je.




Perjalanan naik feri dari lumut ke pangkor lebih kurang 25 minit. Tak rasa sangat kat atas laut sbb duduk dalam feri je and xberapa nak nampak view laut. 

Setibanya di jeti pangkor, aku dan family terus menuju ke van pink utk destinasi seterusnya. Tak silap kalau nk naik motor pun ada disediakan. Tapi tak tanya pun berapa caj dia. Kalau naik van pink dikenakan bayaran RM80. Boleh lah muat dalam 12 orang termasuk pemandu. So, harga bolehlah tong2. Jika nak naik hanya 3 org agak rugi sikit. Baik cari kereta sewa. Harga? Tak sempat nak usha2..hihi sebab aku memang sibuk dengan anak yg tengah syok dapat tanah tu (dah pandai jalan sendiri, tak mau dipegang dah). Tapi, duit lau banyak boleh je pon naik van tu. Xyah penat2 nak drive lagi kan. 

"Selamat datang ke Pulau Pangkor"
Sepanjang perjalanan menuju ke chalet, aku perhatikan kawasan situ sgt padat dgn bngunan, rumah, jalan kecik, kawasan penginapan pun sebelah2 je dgn kawasan pginapan lain. Haaa.. Aku da nampak tepi pantai. Dengan kereta dan motosikal banyak ditepi jalan aku fikir ada pesta apa ramai2..orang tak nampak pun. Haha, kak biras cakap..tu kenderaan sewa da.. 

Sampai saja di chalet Nipahmas tu, masing2 angkut barang utk check in. Aku tolong bawa bagasi husben plak tolong dukung anak. Bukan pe, anak dgn aku tak nak diam. Kalau dgn ayahnya dgr kata sikit. Baru setahun 3 bulan anak mama tu. Dah byk akal.. :* lasak!

Kami check in jam 9 pagi Sabtu dan check out pukul 11pg ahad sbb nak pusing2 naik van sekitar pulau ni. Hanya 1 malam saja kami menginap kat pulau pangkor ni. Dapatlah jugak merasa mandi air pantai pangkor tu. Air bersih biru kehijauan, erkk tertelan air dia masin.. Cuma kali ni mandi pantai hanya beberapa minit saja disebabkan ombak tepi pantai tu kuat xtahan dipukul ombak je. Bawa pelampung anak pun xdpt nak main2 air dgn dia.. Firdaus da nangis2 sebab ombak yg agak garang tghari tu. Padahal kalau dirumah pantang asyik nk ke bilik air je main air. Mungkin kat situ ada bot2 lalu lalang jd airnya berombak2. Mandi pantai time tu lepas bangun je dr tidur masa check in challet. Ngantuk sgt.. Aku yg tak drive pun mengantuk. Yelah, xleh nk lelap sgt sbb nk tgk2kan husben ms die drive. Takut husben terlelap. Husben ckp ngantuk sgt time tu. 

Waktu tengahari
Waktu lewat petang
Pantai
Kat pantai tu ada perkhidmatan sewa bot kalau nak singgah pulau kecil ke, snorkeling ke..kalau ramai2 berbaloi gak. Caj dikenakan RM50. Aku teringin nak pusing2 naik bot tu tapi xdesperatelah.. So xdelah nak naik pon. Lepas je mandi manda acah2.. Kitaorang pun balik ke bilik memasing. Bersihkan badan sidai baju basah sekali. Kat chalet memang disediakan ampaian tok sidai baju. Senang..xlah nak packing awl2 dlm plastik masa basah2 mcm tu. Lgpun, baju tu boleh buat mandi lagi petangnya.

Lepas mandi perut mula terasa lapar. Aku suami ngan anak hanya singgah makan  di gerai tepi jalan luar chalet. Malas jauh2. Gerai makanan kat situ pun ok.. Aku order nasi ayam penyet. Nasi ayam penyek tu style nasi ayam biasa sebab tak ada tempe, kubis ngan tahu. Cuma nasi dia putih tak kuning. Tapi sambal penyek dia ada. Oklah.. Aku siap minta pinggan kosong tok gaul nasi putih ngan sup and ayam sebab nak bagi Firdaus makan xkan nak bagi nasi aku yg dah ada sambal tu..pedas kot. Harga makanan di situ not bad lah.

Waktu petangnya kami jalan jauh sikit ramai2 utk mandi pantai yg tenang sikit. Jalan kaki je melalui gerai2 jualan sambil mata melilau2 apa yg ada. Kawasan penginapan hotel & chalet pun berdekatan antara satu sama lain. Ramai juga pengunjung oversea dtg melancong dgn pemakaian yg tak terkawal tu. Tau je lah kalau da berjemur tepi pantai.. Adoiii..budak2 kecik tengok dah mcm2 soklan keluar. Hahaha.. Tak leh nak sorok2 dah.. 

                                                                                       

Gerai2 & kawasan penginapan di sepanjang Teluk Nipah



Pada waktu malamnya, kami sekeluarga makan malam di gerai jual makanan laut. Biasalah menu ikan siakap 3 rasa, ikan siakap stim, kailan masin, telur dadar, sotong..dgn tomyam campur. Harga cecah RM250..tong2. Tapi tak puas ati sgt sbb ikan siakap die sebelah sepinggan then kecik je tgk ikan tu. Haha.. Ak kuat komplen. Maaflah..

Esok pagi, aku husben and anak pergi round gerai2 yg ada.. Singgahla bekfes kat kat gerai tepi pantai. Boleh lilau2 kawasan laut yg terbentang indah dgn airnya kehijauan jernih. Nampak ketam goreng macam sedap. Seekor RM5. Tak beli pun. Kami hanya order nasi lemak dgn teh tarik. Ermmm nasi lemak dia pelik skit. Sebab ada fish ball, bebola sotong.. Tapi ikan bilis ngan kacang tak dok. Huhu.. Harga dia RM5. 

Lepas makan dan beli cenderahati sikit, aku dan husben pun balik chalet. Jam 11 kami bersiap2 nk check out dari situ. Dah kumpul ramai2 masing2 bawa beg, tarik bagasi semua jalan reramai keluar dari chalet tu dan menuju ke parking van pink. Nasib baik chalet kami bersebelahan je dgn van parking tu. Kalau tak jauh gak jalan. Tapi ok je kalau jauh pun sambil jalan masih sempat utk menikmati pemandangan indah air laut didepan mata, dgn gerai jualan2 yg ada. Kat sini aku tak byk memborong pun sbb satu agak pricey la brg die. Kedua, fikir tak nak angkut byk2 sbb nak naik feri semua kan. Leceh.. Beli sikit2 macam makanan tu boleh lah.

Kami sewa 2 van. Van yg kitorang naik, pemandunya sporting. Suka bercerita so tak da lah senyap je. Setiap perjalanan & perhentian pemandu tu menceritakan serba sedikit sejarah dan penempatan yg wujud kat pulau pangkor tu. Yg menarik bagi aku adalah batu bersurat yg ada kat pulau ni. Aku tak amik gambar pun. Katanya batu tu hidup..maksudnya batu tu semakin lama akan membesar dgn sendiri. Allahualam..

Kami dibawa bersiar2 sekitar pulau pangkor. Tarikan terbaru disitu adalah tersergam indah masjid yg dibina atas air iaitu Masjid seribu selawat. Dikatakan, masjid tu terdapat selawat2 di dinding2 masjid. Ramai gak orang yg mengunjungi masjid tu. Kat kawasan berhampirannya pun ada Madrasah. Tak ingat nama madrasah tu.. 
Belakang Muzium Pangkor

              

Masjid Seribu Selawat

Dalaman masjid


Lastly, kami tiba di jeti dalam pukul 1.30ptg macam tu. Ramai dah orang mula kerumun masing2 beratur panjang disepanjang jeti. Kami malas nak beratur so masing2 tunggu kat tempat duduk yg disediakan. Hampir 1 jam kami pun ambil keputusan beratur juga sbb makin lama tunggu makin ramai plak org datang dan semakin sesak. Padahal time tu bukan public holiday pun. Ramai jugak org berkunjung ke pulau pangkor masa tu. 

Setiba di jeti lumut jam 2.40, sempat aku berjalan cari ole2 bawa balik.. Yg lain msg2 pergi makan  shoping semua. Anak tidur so husben jaga sekejap. Dapatlah beli jajan2 nk bawa balik then ak sibuk cari ikan bilis mata biru. Orang sibuk dok kata ikan bilis tu sedaplah pe la. 100gm harga dia RM7.60 camtu. So aku beli 400gm je. Jam 3.15 kami semua keluar dr parking majlis bandaran. Caj parking dikenakan RM19.80/33 jam. Oklah harga dia. Selamat pun selamat tak kena hujan panas. Lain kali boleh singgah lagi kat pulau pangkor ni.

Ni yg dipanggil ikan bilis mata biru

Parking kenderaan Majlis Perbandaran Lumut

#Lepas ni target ke pulau langkawi ke..pulau perhentian ke. Mudah2an
























0 comments:

Post a Comment