RESEPI PAU CENDAWAN

Assalamualaikum. 

Hari minggu 2 minggu lalu teringin sangat nak makan pau cendawan. Tapi tak terbeli pun masa hari jumaat last kerja tue. Aku fikir nak test buat pau sendiri. Dengan fikir pengukus tak da cam ne gak nak wat erk.. Ermm aku tak tahu aku beli jugak ayam ngan cendawan butang kat kedai. Pengukus tak da belakang kiralah. Tau lah nak wat cam na. hihi..

Tapi, bahan masih tak cukup. Dah nak separuh jalan balik rumah terlupa mauripan pulak. Dah lah sup cendawan Campbell pergi dua kedai pun tak dak. Redho je lah sabtu nanti buat inti pau tu tanpa Campbell. Ishh…bila dah lupa mauripan apa lagi, aku nekad balik rumah terus. Frust pulak. Hahah..malas plak nak fikir, and give up. Then, esoknye alang2 keluar ngan husben and baby..apa lagi singgah homemart kat tpg ni..alhamdulillah dapat beli sup cendawan Campbell tu ngan mauripan. Terus je semangat!

Sup ni yg paling penting aku rasa kalau nak wat inti pau cendawan sebab inti sup die yg sedap sebenarnya. Pusing punya pusing jumpa plak si tepung pau yg smlm aku dok cari gak kak kedai tu.. dah jumpa tapi bile tengok rege nak dekat rm5 gak. Erm bajet lari skit. Buat guna tepung gandum je la doh pau tu. Bukan tak menjadi pun cuma tak lembutlah and tak cantik putih gebu  gitu je.

Ok, tak nak cakap banyak..korang mesti dah lapar nak buat kan. Hihi..meh cek bawah ni. Owh ya nak habaq sat, resepi lau singgah blog ke blog macam2 style de..ikut suka hati mummy2 la nak ikut cara mana ya.

Bahan2 doh pau:

*½ kg tepung gandum
*½ sudu baking powder
2 cawan air
1/2 paket mauripan yis
2 sudu gula pasir/gula castor 
1 sudu susu pekat
1 biji Telur
½ cawan minyak masak

Penyediaanya:

1.      Campurkan yg bertanda * dan ayak sekali .
2.   Dalam bekas lain, isikan air tadi, minyak masak sikit, masukkan mauripan yis, gula pasir, dengan telur. (Pukul kasi gula pasir tu hancur. Nak senang guna gula castor cepat hancur.) Aku tak da pemukul tu so guna sudu je..huhu sedey!
3.      Lepastu masukkan bekas yg de air tadi dalam tepung yg dah di ayak dengan baking powder.
4.      Sebelum tu, tepung tadi buat bulat tengah then masukkan air yg siap dipukul tu perlahan2 kedalam tepung tu.
5.    Uli perlahan- lahan tepung sambil masukkan air tadi sampai jadi doh/bentuk. Tak boleh ye letak air banyak sangat nanti susah nak uli dan lembik. Sedang2 je antara keras dan lembut.
Cam ne tu? Cam tu lah..
6.    Bila doh dah boleh dibentuk tutup doh dulu dengan dilapik kain bersih pada bahagian penutup. Tujuannya untuk mauripan tu kasi kembang cepat. Tunggu sampai 5 minit baru boleh masuk inti.


Bahan2 Inti:

1 tin kecil cendawan butang (Pilihan nak letak ke x ke, tapi letak lagi sedap kenyal2 cendawan)
1 tin krim sup cendawan Campbell (Wajib ada haha)
1 biji bawang Holland (Manis & rangup. Lau guna bawang biasa pun boleh)
½ biji kentang. 
Sedikit minyak masak (Better guna mentega. Malas nak  beli)
Sedikit ayam bahagian isi.
Sedikit air dalam 1 cawan

Penyediaanya:

1)    Hiris dadu bawang holland, potong dadu kentang dan hiris kecik ayam.
2)   Cendawan butang dalam tin tu buang airnya then hiris nipis2 cendawan tersebut. Cendawan dalam tin tu de banyak n bila dihiris jadi makin banyak. Ala, aku hiris semua senang malas nak simpan2. Lagi sedap sbb banyak rasa cendawan tu nanti.
3)      Lepas dah sedia semua bahan2, panaskan minyak dlm kuali.
4)      Masukkan kentang dah dipotong dadu tadi bagi goreng dulu.
5)      Jangan lama goreng kentang tu, lepas tu masukkan bawang Holland.
6)      Dah naik bau, masukkan ayam, cendawan dan tuang air sedikit.
7)  Last sekali masukkan krim sup cendawan Campbell dan perasakan dengan garam sikit. (Jangan letak garam banyak sgt sebab sup tu dah rasa ada masin2 sikit)

Bahan utk colourkan atas pau:

2 sb tepung beras
2 sb serbuk koko
2 sb air masak

*Tang nak wat kulit cendawan tu aku tak ada tepung beras. So agak buruk beno time calit2 atas pau tu. Tak menjadi. Hoho..

Ok lupa nak bagi tahu, elok buat inti dulu baru buat doh. Sebab nanti doh cepat plak kembang. Dah kembang plak susah nak masukkan inti. Cam aku ritu, terbuat doh dulu..bila dah buat inti dah amik masa panjang sikit. Bila time nak masukkan inti, tengok doh cam dah kembang semacam je. Dah berlingkar cam sarang spider lak. Hihi..yela tau je mauripan yis die punya function kan. Huhu sik bek ok je, hihi aku dok letak tepung plak. Jangan ikut cara aku. Nanti pau korang keras plak sebab terbanyak tepung. 


Silalah tengok gambar di bawah. Maaflah gambar agak buruk sikit. And pic tak bape nak susun ikut step. Berterabur.. aku dah ngantuk nak adjust. heee

Pengukus cara aku
Sebelum dikukus
Ready utk ngap!!
Inti tengah bergabung masak

Penyediaan inti
Sediakan doh
Cendawan butang & krim sup cendawan campbells


#Lepas ni target beli pengukus kecik jadik la then nak buat pau guna tepung pau plak. Kena ada bajet!




0 comments:

Post a Comment