Hai..asal nak masuk hari isnin je mesti dari petang
ahad sampai bawa ke malam aku rasa berat semacam je. Berat sebab MALAS nak
kerja esok! Isnin! Huh..Lagi- lagi sekarang bila dah ade anak kecik ni ase cam
nak gentel2 dengan dia je kat umah.
Siyes! Malas nauzubillah rasanya. Tapi Alhamdulillah lah..dalam hati
selalu je malas2 tapi pergi jugak kerja.. pergi jugak hantar baby ke rumah babysitter.
Tapi series cakaplah..asal setiap pagi je aku akan
merungut tak abis fikir pasal bila lah boleh berhenti kerja jaga anak? Tapi aku
tak mampu.. sebab nak bantu suami. Kalau incik suami je kerja sorang kesian
dia. So, aku tak boleh nak berhenti
kerja.
Dulu time muda2 belum de anak boleh lah asyik cuti je cam malas nak
kerja. Tapi sekarang bila lahirnya anak mama tu si Firdaus tu mama kena kuat
sayang. Demi anak mama dan demi keluarga. Walaupun sebenarnya rasa tidak
semangat bekerja ni hadir disebabkan ketensionan menghadapi kerja di ofis tu.
Sebab tu lah setiap pagi aku asyik merungut dan bersedih. Bersedih jugak sebab
fikir bila nak dapat kerja baru, kerja dekat dengan rumah.. boleh lah balik
rumah awal jumpa anak cepat.
Rasa ada anak ni lain..rasa rindu je selalu kat dia.
Memanglah makin nak besar ni anak mama agak lasak sikit. Tapi mama layankan je
anak mama sorang tu. Baby boy! Erm, aku ni kerja sebagai purchasing executive. Bunyi agak gah sikit
lah..exec kan.. tapi aku bukannye pandai sangat pun wat kerja. Kebetulan je tu
dapat naik pangkat time ngam2 aku dapat kerja lain time tu. Diorang macam agak
je aku nak resign sebab tengok position
exec kat situ orangnya keluar masuk. So time aku purchasing assistant je. Bila
HR dah malas gak nya nak cari orang
ganti, bos naikkan aku jadi exec. Alhamdulilah memanglah naik gaji
betingkek-tingkek..tp time tu memang dilemma tol!. Aku memang nak berhenti
sangat2 dari situ. Tapi mungkin dah rezeki aku kat situ wat masa ni so
bertahanlah sampai sekarang.
Kerja sebagai purchasing ni agak mencabar sikit.
Betul, semua kerja ada cabaran masing2. Tapi aku rasa cam kerja purchasing ni
lagi mencabar. Beli barang tu memang syoklah sebab macam2 barang kita tau utk
guna dalam kilang. Kena compare price better ada 3 pembekal..Berjumpa dengan
supplier biasa dengan supplier baru utk perkenalkan produk diorang. Yg ni dah biasa
dah Cuma kadang2 agak tension gak yelah.. kalau dah selalu supplier baru sibuk
call nak jumpa letih gak. Dah lah sorang handle kerja assistant, kerja kerani.
Memang sorang. Pergh..Yg ni semua ok lagi.. tapi paling tak ok bila semua
barang nak urgent!Hari ni ko order, hari ko nak. Tu yg xtahan aku rasakan.
Belum campur dengan internal problem lagi.. dgn supplier block la pe
lah..erm.. tu yg kadang xtahan.
Tu pasalnya setiap pagi aku agak berat je nak pergi
kerja. Moody je. Tapi, tak baik..kena set of mind that ‘kerja tu juga satu
ibadah’ . Kena ikhlas dalam bekerja barulah duit gaji yang kita terima tu
berkat. Bila berkat hati senang, hidup tenang. Aminnn… Sekarang ni kalau nak berhenti kerja kena
fikir baik2. Dengan zaman gst nye lagi..semua barang mahal. Jangan ikut perasan
rasa tension nak amarah tu semua. Faham kerja tempat ko tu lagi2 kerja dengan
org c*** kan. Kena fikir anak dan keluarga. Walau apapun, Mama sayang
bangggettt anak mama sorang tu!! Mmmuuuuahhh…
#slow-slow
apply kerja dekat dengan rumah. Semoga ada rezeki lain yg menanti. Moga Allah
permudahkan dan faham isi hati ni..Aminnnn….
0 comments:
Post a Comment