PENGALAMAN BERSALIN CEASER : PART 2

Assalamualaikum…

Ok..aku sambung balik cite pengalaman bersalin part 2. Pada yg sesiapa yg terus ke part 2 ni bolehlah singgah lu di part 1 PENGALAMAN BERSALIN CEASER : PART 1 utk tau cite mule die. Tak nak tau pun xpe..aku bukan retis pon nak tau dr a to z. Heee..

Ok..ni dah kedua ok ni. Cite lom nak start lagi pon. Kerja rumah semua dah settle, baju da gosok, baby mama pun da syokk tidur tu kat katil..aku dgn senang ati leh ngadap lappy nk continue entry semalam. Ok..yg ketiga ok nie baru aku betul2 nak cite. Jgn mare..camni, lepas aku balik umah amik beg semua..aku ngan husben pun terus pergi ke hospital tengku ampuan rahimah Klang. Terus menuju ke klinik pakar harian kat belakang tu. Aku masuk sendiri sbb husben cari parking. Full parking beselah hospital kan.

So, dipendekkan cite..after daftar semua then kena interview plak dulu dengan sorang doktor laki melayu tu. Lembut je tebiu aku..tebiu tang sepanjang aku bersalin ni de masalah ke, kenapa HB selalu low lah, kena dgn GBS + tu lah..then tanya sal pergerakan baby semua tu. Aku dalam ati time tu leh plak terfikir “byk soklan doktor ni, bila nak scannye..”. Pastu leh terfikir dia ke nanti nak scan aku..aduhh dok segan dah nanti bila aurat aku nanti dilihat oleh doktor laki ni. Huhu..bila dah soal siasat semua, kena tunggu lak turn utk next for scan. Time scan tu doktor cina perempuan yg scan. Cantik dan fasih berbahasa melayu doktor tu.

Doktor tu pun aku tengok cam pregnant je. Ermm..memang disahkan oleh doktor tu yg air ketuban aku dah banyak kurang. After scanning, doktor tu suh aku kangkang. Dia nak seluk bawah..huhu. Time tu aku dok berdebar bila kena seluk. Agak sakit bile die seluk nak tengok jalan. Doktor cakap jalan masih jauh then doktor suruh aku admit warded hari tu jugak disebabkan air ketuban dah kurang and kena INDUCE!

Ha..aku pasti ramai ibu2 di luar sana tahu apa itu induce kan? Tak pe, aku nak terangkan balik secara ringkas tentang induce tu. Induce ni adalah proses bersalin secara paksa dengan menggunakan ubat insert atau ubat air. Induce ni aku rasa lagi sakit dari bersalin biasa. Mana taknya, aku tak sakit apa2 lagi dah kena seluk berulang kali mana tahan.  Tapi aku aku tak rasa pun bersalin normal tu cam na..hihi. Doktor cina tu siap terangkan lagi prosedur induce tu nanti yg aku akan diinsert ubat utk bukak jalan. Kalau ubat pertama kedua tak jalan, akan dibagi ubat yg ketiga ubat air. Aku dengar org cakap, ubat air tu lagi sakit contractionye nanti. Tapi apa yg aku rasakan masa kan labour room tu sama je tak de beda pon.  Tetap sakit gak.. Then last doktor cakap kalau ubat ketiga pun tak jalan jugak aku akan di operate. Huhu..seram gak dengar kena opret2 ni. Dari awal lagi minta dijauhkan utk aku opret ni.

Dah dua ari kat wad bersalin normal, tak jugak keluar2 baby mama tu. Syikk dok contraction je..contraction bukan semulajadi. DIsebabkan ubat yg dah doktor insert 2 kali tu. Dgn sakit tang bawah asyik kena seluk sampai 6 kali. 5 kali oleh doktor perempuan sekali dgn doktor laki.  Huhu, igt tak kena..kena jugak diseluk oleh doktor laki.huhu..rasa cam berdosa sgt.. mujur die tak pandang bawah pun. Tapi time tu aku memang dah sakit pun tak rasa dah malu ke pe..terpaksa. Yg aku paling tak tahan kena seluk dgn doktor perempuan india. Ase cam nak tendang je doktor tu. Punyalah sakit gile time dia seluk tu, ase cam de pisau tajam sedang merodok. Huhu..redho je..istighfar banyak2 time tu. Menitis gak air mata tiap kali kena seluk..tak tahan woo. Jalan tetap 3cm tak bukak2.. Rasa lega jugak doktor cakap aku kena jugak masuk labor room esok pagi. Orang lain aku tengok semua dah dgn baby. Aku dok tertunggu2.


Bila hari ke-3 di hospital, hari rabu pagi tu pukul 8.45am aku dah disorong dgn nurse utk ke labour room. Agak seram jugak.. masa subuh tu aku de request ubat tahan sakit. Injection kat punggung sebab aku rs kontraksi makin kuat. Tapi bukaan jalan tetap kecik lagi. Masa kat labour room tu, banyak lak doktor ngan nurse. De doktor pelatih la nurse pelatih la..huhu. Time tu dah tak heran..kena kangkang kangkang jelah.. tapi yg cek jalan doktor perempuan.

Yg aku agak bengang sikit..doktor perempuan ramai kat dlm tu, si doktor lelaki pelatih pun sibuk terhintai- hintai nak tengok. Siap doktor laki berkopiah pun de situ. Kenapalah erk.. ??Sik bik tengok jauh2..pe la nasib. Selepas, doktor pecahkan air ketuban baru aku tau rasa air ketuban tu..hangat je ase kat dalam rahim  tu. Ubat air pun semua di masukkan melalui saluran tu. Kontraksi tetap ada..dgn bunyi CTG cek jantung baby lagi, bunyi jiran sebelah warga myanmar bersalin menjerit2  buat aku kecut perut plak. Aku dibiarkan je kat situ utk tunggu saat baby keluar. Tapi tak rasa pun baby nak keluar. Tapi memang rasa kepala baby tu cam menekan2 la..aku time tu dah rasa lemah sangat. Siap boleh tertidur- tidur ayam. Tengok2 jam berdetik dah pukul 10am. Dtanglah doktor suggest aku tok epidural bius. Mulanya, aku tak nak pasang epidural tu. Biar rasa sakit normal. Tapi nurse kat situ semua cam suggest baik pasang utk kurangkan kesakitan. Siap diorang bagi template lagi pasal epidural bius tu. De pro and kontranya epidural tu. So aku decide pasang epidural tu.

Tak lama doktor dari mana tah datang bawa alat utk bius tu. Aku disuruh duduk dan disuruh memeluk bantal dgn dagu menunduk kat bantal. Ramai nurse yg sokong aku time pasang epidural tu. Tah apa tah doktor tu buat kat belakang badan aku. Agak lama gak dan rasa cam de jarum menyucuk kat badan belakang. Dia ada dosnya berapa yg kita nak. Aku tak igt, aku mcm minta level 4 kot..die de level dos tu..makin byk akan rasa tak sakitlah. So..masa masuk jarum dos tu makin lama makin sakit rasa epidural tu. Bila dah siap semua aku kenalah baring semula merasakan kontraksi yg tak henti2.

Jam dah pukul 11.55am, masih jugak tak rasa nak bersalin. Contraction je lebih. De pukul 10.30 cam tu aku sampai rasa haus gile macam kat tengah padang pasir ase. Siap minta kat nurse comel tu, “nurse saya naik air”. Nurse tu bagus siap bagi aku secawan air putih and nurse tu cakap kesian kat akak haus. Aku dgr pengalaman biras aku cakap, time dia hanya air kat penutup botol mineral je die bagi. Katanya, nurse tak bagi minum air byk2. Rasa nikmat betul time tu dapat air.  Bila dah jam 12 tu, doktor perempuan melayu ngan cina tu dok tengok lagi bukaan jalan aku.. hanya 4 cm. Dan ctg baby..makin lemah. Doktor melayu perempuan tu macam berat je nak cakap yg aku kena emgergency ceaser disebabkan baby katanya da makan najis dan jantung baby yg semakin lemah. Aku iyekan je..bedah pun bedah lah. Dah tak tahan tunggu baby still tak keluar. Lepas doktor dah tepon husben semua tok persetujuan ceaser..aku disiapkan tok ke bilik bedah. Tau2 jelah kena tanggal semua pakaian hospital dan hanya dibalut degan selimut tebal utk bedah.

Time masuk bilik OT tu aku tengok semua perempuan doktor dgn nurse. Pergh sejuk betul dalam tu. Masa tu aku rasakan nak larikan diri je dari bilik tu. Seram sejuk sebab nak kena bedah. Mula je operation tu, macam2 aku dengar..dengar suara doktor, dengar alat2 pmbedahan.. time tu aku sedar tak sedar. Macam ngantuk semacam je. Tapi still rasa suasana yg sedang berlaku.  Masa start bedah tu, aku dapat rasakan ada alat sedang berjalan memotong kulit aku. Tapi siyes! Memang tak rasa sakit pun..Cuma bunyi je slow. Aku dapat rasakan perut aku ditekan2 tapi tak sakit pun..Cuma sejuk ya amat. Menggeletar seluruh badan. Nasib baik dah bius epidural. Kalau aku nekad tak pasang epidural tu jawabnya aku dapat rasakan keperitan kena bedah tu. Dah ase cam setengah jam kot cam tu, aku dengar suara bayi menangis..

Alhamdulillah.. lega rasanya time tu dpt dgr suara anakku. Dah lama cam tu, baru nurse bawa baby tayang kat aku tengah2 kesejukan dan lemah time tu. Nurse siap soal aku baby apa sambil dia bukak tuala yg menutupi badan anak aku. Aku memang dah tahu awal2 so aku jawab je “BOY”. Time tu aku tengok anak aku dgn tak bape jelas..merah padam bdannya. Menangis2 anak mama..nurse tu letakkan muka anak aku kat pipi aku..Rasa seronok yg tak terhingga.


Bila baby dah keluar rasa lega sangat. Happy!!! Dah jadi ibu dah!

0 comments:

Post a Comment