Assalamualaikum…
Ok..aku
sambung balik cite pengalaman bersalin part 2. Pada yg sesiapa yg terus ke part
2 ni bolehlah singgah lu di part 1 PENGALAMAN BERSALIN CEASER : PART 1 utk
tau cite mule die. Tak nak tau pun xpe..aku bukan retis pon nak tau dr a to z.
Heee..
Ok..ni dah kedua ok ni. Cite lom nak
start lagi pon. Kerja rumah semua dah settle, baju da gosok, baby mama pun da
syokk tidur tu kat katil..aku dgn senang ati leh ngadap lappy nk continue entry
semalam. Ok..yg ketiga ok nie baru aku betul2 nak cite. Jgn mare..camni, lepas
aku balik umah amik beg semua..aku ngan husben pun terus pergi ke hospital
tengku ampuan rahimah Klang. Terus menuju ke klinik pakar harian kat belakang
tu. Aku masuk sendiri sbb husben cari parking. Full parking beselah hospital
kan.
So, dipendekkan cite..after daftar
semua then kena interview plak dulu dengan sorang doktor laki melayu tu. Lembut
je tebiu aku..tebiu tang sepanjang aku bersalin ni de masalah ke, kenapa HB
selalu low lah, kena dgn GBS + tu lah..then tanya sal pergerakan baby semua tu.
Aku dalam ati time tu leh plak terfikir “byk
soklan doktor ni, bila nak scannye..”. Pastu leh terfikir dia ke nanti nak scan aku..aduhh dok
segan dah nanti bila aurat aku nanti dilihat oleh doktor laki ni. Huhu..bila
dah soal siasat semua, kena tunggu lak turn utk next for scan. Time scan tu
doktor cina perempuan yg scan. Cantik dan fasih berbahasa melayu doktor tu.
Doktor tu pun aku tengok cam pregnant
je. Ermm..memang disahkan oleh doktor tu yg air ketuban aku dah banyak kurang.
After scanning, doktor tu suh aku kangkang. Dia nak seluk bawah..huhu. Time tu
aku dok berdebar bila kena seluk. Agak sakit bile die seluk nak tengok jalan.
Doktor cakap jalan masih jauh then doktor suruh aku admit warded hari tu jugak
disebabkan air ketuban dah kurang and kena INDUCE!
Ha..aku pasti ramai ibu2 di luar sana
tahu apa itu induce kan? Tak pe, aku nak terangkan balik secara ringkas tentang
induce tu. Induce ni adalah proses bersalin secara paksa dengan menggunakan
ubat insert atau ubat air. Induce ni aku rasa lagi sakit dari bersalin biasa.
Mana taknya, aku tak sakit apa2 lagi dah kena seluk berulang kali mana
tahan. Tapi aku aku tak rasa pun
bersalin normal tu cam na..hihi. Doktor cina tu siap terangkan lagi prosedur
induce tu nanti yg aku akan diinsert ubat utk bukak jalan. Kalau ubat pertama
kedua tak jalan, akan dibagi ubat yg ketiga ubat air. Aku dengar org cakap,
ubat air tu lagi sakit contractionye nanti. Tapi apa yg aku rasakan masa kan
labour room tu sama je tak de beda pon.
Tetap sakit gak.. Then last doktor cakap kalau ubat ketiga pun tak jalan
jugak aku akan di operate. Huhu..seram gak dengar kena opret2 ni. Dari awal
lagi minta dijauhkan utk aku opret ni.
Dah dua ari kat wad bersalin normal,
tak jugak keluar2 baby mama tu. Syikk dok contraction je..contraction bukan
semulajadi. DIsebabkan ubat yg dah doktor insert 2 kali tu. Dgn sakit tang
bawah asyik kena seluk sampai 6 kali. 5 kali oleh doktor perempuan sekali dgn
doktor laki. Huhu, igt tak kena..kena
jugak diseluk oleh doktor laki.huhu..rasa cam berdosa sgt.. mujur die tak
pandang bawah pun. Tapi time tu aku memang dah sakit pun tak rasa dah malu ke
pe..terpaksa. Yg aku paling tak tahan kena seluk dgn doktor perempuan india.
Ase cam nak tendang je doktor tu. Punyalah sakit gile time dia seluk tu, ase
cam de pisau tajam sedang merodok. Huhu..redho je..istighfar banyak2 time tu.
Menitis gak air mata tiap kali kena seluk..tak tahan woo. Jalan tetap 3cm tak
bukak2.. Rasa lega jugak doktor cakap aku kena jugak masuk labor room esok
pagi. Orang lain aku tengok semua dah dgn baby. Aku dok tertunggu2.
Bila
hari ke-3 di hospital, hari rabu pagi tu pukul 8.45am aku dah disorong dgn
nurse utk ke labour room. Agak seram jugak.. masa subuh tu aku de request ubat
tahan sakit. Injection kat punggung sebab aku rs kontraksi makin kuat. Tapi
bukaan jalan tetap kecik lagi. Masa kat labour room tu, banyak lak doktor ngan
nurse. De doktor pelatih la nurse pelatih la..huhu. Time tu dah tak heran..kena
kangkang kangkang jelah.. tapi yg cek jalan doktor perempuan.
Yg
aku agak bengang sikit..doktor perempuan ramai kat dlm tu, si doktor lelaki pelatih
pun sibuk terhintai- hintai nak tengok. Siap doktor laki berkopiah pun de situ.
Kenapalah erk.. ??Sik bik tengok jauh2..pe la nasib. Selepas, doktor pecahkan
air ketuban baru aku tau rasa air ketuban tu..hangat je ase kat dalam rahim tu. Ubat air pun semua di masukkan melalui
saluran tu. Kontraksi tetap ada..dgn bunyi CTG cek jantung baby lagi, bunyi
jiran sebelah warga myanmar bersalin menjerit2
buat aku kecut perut plak. Aku dibiarkan je kat situ utk tunggu saat
baby keluar. Tapi tak rasa pun baby nak keluar. Tapi memang rasa kepala baby tu
cam menekan2 la..aku time tu dah rasa lemah sangat. Siap boleh tertidur- tidur
ayam. Tengok2 jam berdetik dah pukul 10am. Dtanglah doktor suggest aku tok
epidural bius. Mulanya, aku tak nak pasang epidural tu. Biar rasa sakit normal.
Tapi nurse kat situ semua cam suggest baik pasang utk kurangkan kesakitan. Siap
diorang bagi template lagi pasal epidural bius tu. De pro and kontranya
epidural tu. So aku decide pasang epidural tu.
Tak
lama doktor dari mana tah datang bawa alat utk bius tu. Aku disuruh duduk dan
disuruh memeluk bantal dgn dagu menunduk kat bantal. Ramai nurse yg sokong aku
time pasang epidural tu. Tah apa tah doktor tu buat kat belakang badan aku.
Agak lama gak dan rasa cam de jarum menyucuk kat badan belakang. Dia ada dosnya
berapa yg kita nak. Aku tak igt, aku mcm minta level 4 kot..die de level dos
tu..makin byk akan rasa tak sakitlah. So..masa masuk jarum dos tu makin lama
makin sakit rasa epidural tu. Bila dah siap semua aku kenalah baring semula
merasakan kontraksi yg tak henti2.
Jam
dah pukul 11.55am, masih jugak tak rasa nak bersalin. Contraction je lebih. De
pukul 10.30 cam tu aku sampai rasa haus gile macam kat tengah padang pasir ase.
Siap minta kat nurse comel tu, “nurse
saya naik air”. Nurse tu bagus siap bagi aku secawan air putih and nurse tu
cakap kesian kat akak haus. Aku dgr
pengalaman biras aku cakap, time dia hanya air kat penutup botol mineral je die
bagi. Katanya, nurse tak bagi minum air byk2. Rasa nikmat betul time tu dapat
air. Bila dah jam 12 tu, doktor
perempuan melayu ngan cina tu dok tengok lagi bukaan jalan aku.. hanya 4 cm.
Dan ctg baby..makin lemah. Doktor melayu perempuan tu macam berat je nak cakap
yg aku kena emgergency ceaser disebabkan baby katanya da makan najis dan
jantung baby yg semakin lemah. Aku iyekan je..bedah pun bedah lah. Dah tak
tahan tunggu baby still tak keluar. Lepas doktor dah tepon husben semua tok persetujuan
ceaser..aku disiapkan tok ke bilik bedah. Tau2 jelah kena tanggal semua pakaian
hospital dan hanya dibalut degan selimut tebal utk bedah.
Time
masuk bilik OT tu aku tengok semua perempuan doktor dgn nurse. Pergh sejuk
betul dalam tu. Masa tu aku rasakan nak larikan diri je dari bilik tu. Seram
sejuk sebab nak kena bedah. Mula je operation tu, macam2 aku dengar..dengar
suara doktor, dengar alat2 pmbedahan.. time tu aku sedar tak sedar. Macam
ngantuk semacam je. Tapi still rasa suasana yg sedang berlaku. Masa start bedah tu, aku dapat rasakan ada
alat sedang berjalan memotong kulit aku. Tapi siyes! Memang tak rasa sakit
pun..Cuma bunyi je slow. Aku dapat rasakan perut aku ditekan2 tapi tak sakit
pun..Cuma sejuk ya amat. Menggeletar seluruh badan. Nasib baik dah bius
epidural. Kalau aku nekad tak pasang epidural tu jawabnya aku dapat rasakan keperitan
kena bedah tu. Dah ase cam setengah jam kot cam tu, aku dengar suara bayi
menangis..
Alhamdulillah.. lega rasanya time tu dpt dgr suara anakku. Dah lama
cam tu, baru nurse bawa baby tayang kat aku tengah2 kesejukan dan lemah time
tu. Nurse siap soal aku baby apa sambil dia bukak tuala yg menutupi badan anak
aku. Aku memang dah tahu awal2 so aku jawab je “BOY”. Time tu aku tengok anak
aku dgn tak bape jelas..merah padam bdannya. Menangis2 anak mama..nurse tu
letakkan muka anak aku kat pipi aku..Rasa seronok yg tak terhingga.
Bila
baby dah keluar rasa lega sangat. Happy!!! Dah jadi ibu dah!
0 comments:
Post a Comment