Apa
sebenarnya yg kita mahu dalam kehidupan kita ni? Yang kita nak kejar sangat dalam kehidupan kita kat
dunia ni? Kenapa setiap kali nampak orang lain bahagia kita rasa cemburu? Orang
tu tukar kereta baru, kita sakit hati. Si polan baru saja mendirikan sebuah
rumah kita iri hati, kecewa, sedih. Sebabnya kita tak dapat miliki apa yang
mereka ada. Ini semua adalah penyakit
hati. Pernah kita gembira melihat kejayaan orang lain? Paling tidak pun kita
akan cakap “dia orang senang bolehlah..” Itu pun nada cemburu juga. Ya.. kita
bukanlah manusia yang perfect, yg sempurna dari segi fizikal dan rohaninya. Kesilapan
dan rasa memberontak pasti ada dalam
diri. Kita ni bukan malaikat kan. Tak lepas juga penulis sering saja melakukan
kesilapan dan rasa tak puas hati.
Ada di antara
kita hidupnya terlalu terdorong kepada benda yg sepatutnya tak boleh kita
samakan. Iaitu sikap selalu memandang apa yang orang lain ada. Sikap terlalu
memandang ni boleh jadi parah bila kita suka membanding- bandingkan apa yang
orang lain ada dgn apa yg kita tak ada. Jika
kita adalah pasangan suami isteri pasti kita bergaduh.
“Orang lain mewah, kenapa kita ni susah?”
“Suami dia tu banyak duit, kerja doktor
engineer.. suami aku kerja tukang sampah je..”
“Tengok keluarga orang tu.. asyik berjalan
je kesana kesini je. Orang banyak duit.. kita ni?huh..”
“Untung bini dia.. suami dia kerja bagus.
Tak yah kerja dah..duduk rumah je. Bahagia sapa jadi bini dia”
Lihat… bila kita suka membanding- bandingkan kita
akan banyak mengeluh daripada bersyukur. Paling teruk suka menyalahkan orang
lain atau pun pasangan kita. Tak salah untuk memandang kebahagian dan kejayaan
orang lain sekiranya kita jadikan ia sebagai motivasi dan kekuatan untuk
menjadi yang lebih baik. Bukan sekadar pandangan negatif yg membuatkan kita rasa sakit hati sendiri dgn
apa yang orang lain ada.
Perkara
paling penting dalam hidup ni sebenarnya adalah BERSYUKUR selalu. Tak perlu
melihat apa yang orang lain miliki. Lihat kepada kemampuan diri sendiri. Selagi
mampu, usahalah sekuat habis. Tak perlu jadi orang lain. Bila selalu bersukur hati juga akan tenang,
aman. Ada hikmah disetiap apa yang berlaku ke atas kita. Disamping tu juga, kita
kena sematkan dalam hati yg hidup di dunia ni hanyalah sementara saja. Jadi tak
perlu nak bermegah jika kita memang tak mampu. Jika mampu tak ada salah cuma
jangan riak dan bongkak. Ingat, jauhkan sikap suka memandang dan membanding2.
Semoga
penulis dan kamu semua termotivasi dan bermuhasabah diri. In sha Allah,
ganjaran menanti untuk orang yang selalu bersabar dengan apa yang Allah aturkan untuknya. Tak
dapat di dunia di akhirat sana pasti menunggu.
Pssst: “Cik
Jijah bukan ustazah. Bukan juga penceramah. Hanya insan lemah yg punya luahan kalbu..”
Cik Jieja
0 comments:
Post a Comment