PENGALAMAN BERSALIN CEASER: Part 1

Assalamualaikum…

Cerita ni beberapa bulan yg lepas pada penghujung May 2016. Time tu aku memang dah sarat mengandung bawak perut dah 9 bulan dah time tu. Minggu ke 39 aku mengandung tak silap. Dan hampir2 ke EDD nak bersalin. Tapi percayalah, aku memang tak rasa sakit apa2 pun. Tak de pun tanda- tanda nak bersalin cam turun darah ke, pecah air ketuban ke. Memang tak de pon!

Cuma aku rasa tang bahagian tulang pinggul aku tu memang sakit gila ase nak jalan  dah macam penguin beno. Rasa menyucuk2 bergesel tulang pinggul tu. Mungkin sebab perut dah membesar dan ke bawah sangatkan time tu. Dengan kaki bengkak lagi. Normal la tu..lain orang sakit pinggang. Aku tak rasa sakit pinggang powng.

Mulanya kisah aku  kena admit hospital tu disebabkan pagi Isnin minggu ke-39 pregnancy aku kena chek-up perut kat KK. Minggu tu aku dah masuk minggu kedua cuti bersalin. Aku dah habiskan cuti seminggu utk tunggu kelahiran. Tapi seminggu yg lepas tu aku masih gah lagi mengemas umah, membasuh baju kat washing machine dengan masaknya lagi. Boring gak dok umah tapi best sebab hilang semua stress kerja kat ofis. Ermmm..dalam seminggu tu aku cuti dok pikiaq bila la nak kua baby mama dalam perut ni..siap usap2 sambil ngomong2 dengan baby dalam perut. Yg ada hanya mengeras je perut tu.

Balik semula cerita pagi isnin aku gie check- up kat KK tu, aku gie ngan husben aku..tak tahula tiba2 pagi tu husben aku tergerak ati nak masuk kerja lambat sikit. Then dia yg hantar aku gie KK. Aku pe lagi seronok la dihantar. Yela, dgn sarat kan. Sakit nak jalan lagi. Pas anta aku, husben aku balik umah. Sebab waktu menunggu check- up ni agak lama nak habis. Lebih kurang nak 2 jam gak. Bila dah amik HB, berat badan semua tu as usually will see the doctor. Sebelum tu nak gi tau jugak HB aku memang susah nak naik. Sepanjang tempoh pemeriksaan KK hanya 3 kali je ok. Lain out. So aku tak pernah nak cekup kat klinik desa tempat ibu mengandung tu. Bila time jumpa doktor, mulanya aku igt tak da lah nak scan perut kan. Sebab tgok nurse macam cakap dah siap and siap bg next appontment date lagi..tapi doktor tiba2 nak wat scan. Tapi aku suka doktor wat scan. Sebab aku nak tau perkembangan anak mama dalam perut mama ni.

Tapi lau scan kat KK memang tak lah nak dapat tengok sekali screen tu. Tak macam swasta la. Apa yg doktor tu scan dia cakap air ketuban aku dah kurang. Baby berat pun 3.2 kg cam tu. Baby ok tak de masalah. Erm, aku tak faham pun kenapa lau air ketuban kurang kan. Then doktor cakap aku kena wat appointment ngan HTAR Klang utk double cek scan pasal air  ketuban kurang tu. Doktor call hospital klang tu then aku dengar cam aritu jugak  je kena pergi klinik pakar klang tu. Huhu..

So, pagi tu dah siap semua kat KK aku terus balik rumah dulu dengan husben amik beg baju yg aku dah siapkan lama utk admit hospital. Yela mana tau kan aku kena admit hospital ari tersebut. Apa yg doktor KK cakap tu, air ketuban aku dah kurang so de risiko pada baby takut lemas kan. Tapi siyes, memang aku tak rasa sakit nak bersalin dan tak pasti bila plak berkurang air ketuban tu. Elok2 husben aku dah nak siap pergi kerja, terus tak jadi. Dia kena anta aku g hospital. Sik baik de surat ke hospital. So bolehlah digunakan sebagai bukti utk emergency leave.

Ok..aku sambung part 2 lain hari sewaktu aku di hospital seminggu tu…dah lewat pagi ni dah kol 1.33am nak tidur teman baby mama mucuk tu. :D

0 comments:

Post a Comment