IKAN SEPAT GORENG BEREMPAH

Resepi Hari ini adalah ikan sepat goreng berempah dengan sambal belacan. Selalu asyik makan ayam berempah nasi kukus je. So, Kali ni aku nak try buat ikan berempah pulak. Menu simple2 je time cuti2 ni. Tapi, insha'Allah menyelerakan tekak suami. Okay let's tengok bahan2 aku sediakan.

BAHAN2:

1) 2 ekor ikan- apa2 ikan lah ye

2) Daun Kari

3) Halia- 1 inci ditumbuk @ kisar

4) Lengkuas - 1 inci ditumbuk @ kisar

5) Serai - 1 batang ditumbuk @ kisar

6) Jintan Manis, putih Dan biji Ketumbar - 1 sudu kecil ditumbuk @ kisar

7) Serbuk kunyit - 1 sudu kecil

8) Serbuk kari- 1 sudu kecil

9) Serbuk Cili - 1 sudu kecil

10) Sedikit garam

11)  Tepung - 1 sudu makan

Serai // Lengkuas // Halia


Jintan Manis Dan putih // Ketumbar


RESEPI:

1) Cuci ikan bersih2 Dan taburkan Daun Kari, garam, serbuk Kari, Serbuk kunyit Dan Serbuk Cili atas ikan. Biarkan seketika sementara nak sediakan bahan Tumbuk @ kisar 

2) Tumbuk jintan, ketumbar, Serai, Halia Dan Serai. Terpulang uolss ye nak blender atau Tumbuk. Aku prefer Tumbuk sebab nak cepat. Nak lumat sikit taburkan pada ikan tadi.


Dalam lesung Batu



Satukan semua



 3) Gaulkan semua bahan bersama ikan. Dah sebati perap Dalam peti ais. Aku perap semalaman untuk masak esok. Kalau nak terus masak perap 30 minit paling cepat. Bagi betul2 Rasa berempah.

4) Dah perap lama lama sikit bolehlah goreng. Sebelum tu taburkan Tepung sikit supaya tak melekat kat kuali nanti. Kecuali kalau guna pan yg kualiti Tu, tak yah letak Tepung pun xpe. Tak Akan melekat ikan digoreng.

5) Sedia dihidang. Selamat menjamu selera!




1 comments:

  1. As stated by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason this country's women live 10 years longer and weigh an average of 42 lbs less than us.

    (And actually, it has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING around "HOW" they are eating.)

    BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...

    Tap this link to find out if this quick quiz can help you find out your real weight loss potential

    ReplyDelete