GO GREEN TO CLOTH DIAPER

Assalamualaikum…

Assalamualaikum…
Sudah agak lama tak mengupdated blog ni. Macam- macam cerita dan hal nak dikhabarkan tapi memang tak da masa sejak khawin sampai la ni dah ada baby dah pun. My baby pun dah nak masuk 3 bulan in sha allah pada 25 aug ni.

Actually banyak dah simpan word blog ni. Sampai dah buka folder untuk blogger. Cuma tak publish2 pun kat dalam blog ni. Sibuk dengan kerja dengan usung perut lagi dari awal mengandung sampai 9 bulan. Tak pe..slow2 saya akan cuba publish entri2 lepas walau agak dah terlalu basi. Hehe..bukan apa, hanya sekadar perkongsian untuk rujukan dan pembacaan bagi mereka di luar sana.

First entri untuk tahun 2016 ni saya mulakan dengan perkongsian berkenaan cloth diaper.
Semua orang pasti tahu terutama ibu- ibu yg cloth diaper ni adalah sejenis lampin moden. Kalau lampin dulu-dulu tu cam napkin 4 segi tu, dipakai dengan  getah lampin  agar tak bocor.
Lepas tu dah moden skit, keluarlah diaper pakai buang tu atau pampers lah orang cakap.

Macam2 jenis, brand dan saiz ada diaper pakai buang tu. Dari yg murah sampai lah mahal.

Masa dalam pantang ritu, aku memang pakaikan Firdaus pampers drypers newborn tu. Masa kat spital pun de dapat free  8 pcs ngan nappy cream 2pcs. Sampailah tukar saiz S plak masa 1 bulan setengah ritu sebab Firdaus semakin chubby anak mama ni. :p

Bila aku dah masuk kerja time cuti 2 bulan dah habis, aku ada ternampak CD ni kat google.
Google punya google baru aku tau ada CD. After that, aku pun carilah maklumat pasal CD ni.After that, aku pun carilah maklumat pasal CD ni. Siap cari kedai online jual CD lagi kat google ngan fb. Kebaikan guna CD ni banyak, terutama sekali bab duit lah. JIMAT! Pas ni tak yah lah setiap bulan nak beli pampers sampai 3-4 pack besar tu. Lagi anak mama tu sekarang dah pakai saiz M plak. Sebab saiz S dah sempit. Kesian tengok celah kangkang merah2.


Aku beli online CD ni kat blog encik azmi di www.syokbeli.comTime tengok je de no dia terus save then wassap him for more information regarding this CD. Jika kamu ibu- ibu nak cuba beli CD ni tengoklah di blog syok beli.com ni. Banyak jenis CD ada. Aku beli yg luxorius minky yg cam baldu skit CD dia. Harga pun boleh tahan ok berbanding kedai online lain. RM 20/pc untuk pembeliaan 5 pcs keatas. So, aku beli 5pcs dulu untuk percubaan. Barang pun dapat cepat. Order dalam 2 hari dah sampai. Lagi satu harga RM24/pc jenis printed punya. Aku beli kat sis dalam fb tu..fb dia 'Cloth Diaper/Lampin moden’. Aku rasa sis ni beli borong kot kat QQ bb shop. Sebab sebelum aku cari mana2 jual CD ni aku dah terjumpa dulu kat QQ BB shop punya website www.qqbabyshop.com. Harga kat QQ bb shop ni mahal skitla dalam rm2-3 cam tu. So baik beli kat sis ni je.
CD jenis printed



CD jenis Luxorius minky seakan baldu

Owh ye, CD ni didatangkan dengan 2 keping insert. Kalau malam anak kuat kencing better insert 2. If disiang hari insert 1 je la tapi kena kerap tukarlah. Tapi first try kat Firdaus, start malam guna time tu..aku insert 1 je. Bila insert 2 keping terasa rimas betul tengok Firdaus..macam tak selesa pun ada. Sian anak mama, mama buli ye. So, aku insert 1 je. Tak delah nampak besar mengembung je tang seluar dia tu.
Insert dengan CD + nappy liner

Pendapat aku buat masa ni tentang CD Luxorious minky ngan printed ni, aku rasa nak beli printed lagi..printed CD cam nipis skit tak tebal cam LM. Bukan pe, bila nak pakai kan kat anak dia jadi cam beso semacam plak. Takut anak tak selesa je. Tapi bab membuang tu dua jenis tu tak da masalah. CD tu menyokong pembuangan Firdaus. Heee skema ayat.

Ha lagi satu, sibuk juga nak belikan nappy liner tu sebab de baca blog org lain, letak nappy liner tu kat CD tu sbb salah satunye, bila Firdaus eyak najis tu lekat kat nappy liner then boleh terus buang je. Kelekatan najis pada lapik dalam CD tu kurang la skit. Tak dalah banyk kerja sangat time nak cuci CD tu nanti. Tapi, nak jimat2 pun terbeli gak nappy liner tu.. RM10.50 kat butik fiffy. De 120 pcs. Susah gak nak cari nappy liner ni.
 
Nappy liner atau lapik lampin
Apa yg penting sekarang, kena rajin2 tau tukar CD ni. Jgn malas plak nak tukar CD tu. Walaupun ramai yg kata, guna CD ni taka da kena ruam lampin cam pakai pampers tu tapi kena rajin2 jugak tukar.  Kesian kat anak nanti tak selesa. Then kena berkorban untuk cuci. Kalau malas guna WM je. Lagi info, kalau nak tahan CD tu masukkan dalam laundry bag.
Ha..aku siap beli lagi sik baik murah RM2.90. (Sebenarnya mahal gak..tengok dalam econsave rm2.50 je. Tak menyabar. Hik hik) Itu pun nak bekira..

Cuma nak mulakan tu perlukan modal yg besar skitlah sebab nak beli banyak kan. Tapi kalau consisten..in sya allah boleh berjimat dan paling penting anak selesa dan go green. Tak delah buang pampers hari2. Letih gak ayah die mengangkut sampah nak dibuang. Kesian juga kat bumi. Lagi nak habaq,  paling best CD ni boleh digunakan sehingga anak berumur  3 tahun. Kena pandai jaga lah CD tu.


#Plan nak beli lagi untuk dapatkan 20pcs oklah.Moga ada rezeki lebih nanti. Aminnn…

0 comments:

Post a Comment