Monday, 15 September 2014

PERBICARAAN KES SAMAN JPJ DI MAHKAMAH MAJISTRET


Assalamualaikum semua..
Hari yang dinanti- nanti selama 3 bulan ni telah pun terjadi pada Khamis yg lalu, 11 Sept 2014.
Ha.. ingat tak semua pd entry Izah bulan lepas berkenaan kena saman jpj tu. Time tu Izah da dapat surat jemputan dari jpj utk hadir ke mahkamah dgn surat saman kale merah tu. So, bila beberapa hari dah nak dekat tarikh perbicaraan tue punyalah Izah risau sesangat. Risau bukan apa.. cukup ke duit yg Izah spent tue utk bayar saman nanti kan?. Huhu..

Tak lupa pada Allah Izah selalu panjatkan doa agar urusan mahkamah nanti dipermudahkan. Ok..Izah nak terus cerita kat sini pengalaman Izah pertama kali menghadiri mahkamah. Balik je mahkamah tue hari cepat2 Izah karang dulu entry takut lupa. Excited x?! hihi..excited! Kalau boleh time tu gak masa kat kaunter bayaran tu nak karang entry ni. But, kalau bawak tab time tu ok xpO la kan.

Pagi tue, jam 7.30 Izah gerak ke umah makcik amik dia suh temankan. Lagi pun kalau nak tau, makcik pun kena saman jpj gak tapi atas pemilik kenderaan nama saya. Hoho! Dasyat kan.. pemandu berhemah la katakan. duO2 kono saman eh jang ooiii. Heee.. Dekat surat jemputan tu macam pic kat bawah ni dah cakap suh datang jam 8 pagi. Tapi, degil! 7.30 baru nak gerak dari banting.. kul bape nak sampai Shah Alam nu.. Makcik dok habaq “ Ala.. lambat skit asalkan datang kan..” Hoho, mokcik saya tue meme lagu tue. Suko dioo jo x tepati maso. Dah saya kecek nogori puloks! J


   

Bila dah sampai Shah Alam lalu dari Alam impian, terus punya terus sampai sesat naik atas.. terus ke bangunan SUK tue. Padahal sebelum tue kan, Izah memang dah study siap dgn pak google map cari mana MAHKAMAH MAJISTRET SHAH ALAM Seksyen 6. Poning gak dok igt. Tapi cam susah gak nak lekat. Dulu, dok Shah Alam 3 tahun memang x mik taula mana dia mahkamah. Yg tau PKNS dok shoping, PAS dok maen boling ja pahtu seksyen 2 syok minum ABC special FREDO tempat bus top UITM tu.. uisssh! Kenangan semua tu masa belajar kat PSA. Erm.. memang hampir setengah jam gak carik mahkamah tu. Padahal dah pusing2 round about sampai kat seksyen 6. But still not found!
Xpe2.. usaha tangga kejayaan!. Carilah sampai dapat. Lorh Izah nie! Guna je lah GPS ke wave ke.. Iye betul, time tu pun Izah berpandukan GPS sambil pegang fon tu. Tapi tulah agak loading plak internet time tu. So, sonok gak men pusing2!. Kami pergi rempit berdua je.

Alhamdulillah.. akhirnya kami jumpa gak mahkamah rendah & mahkamah majistret. Kalau dilihatkan.. mahkamah tu kat atas bukit skit. So kalau lalu pun macam xpasan bangunan tu. Padahal kan sbnrnya rasa cam 2 kali dah pusing area tu. Heee.. sebab perasan de sign board ‘Pasar Seni Seksyen 6’ & berhadapan dgn seksyen 4 serta seberang jalan tu ada Pusat Sukan SUKSES kalau tak silap nama fullnya lah..

Masuk je bangunan mahkamah tu, dah nampak org dok pakai kot. Semua serba hitam. Kalau kai skirt kena serba hitam, kalau kai tudung kena hitam/ putih , kalau kai baju kurung kena corak kale hitam putih, yg ptng kale tu itam putih ha..tue mestilah staff mahkamah. Peguam ke hakim ke..pergh susah beno diorang nak senyum. Series memanjang! Faham etika kerja mereka kan.

Mahkamah majistret  tu kat tingkat 4 utk urusan kes saman jpj. Bila dah sampai kawsan bilik mahkamah tu nampak dah ramai org menunggu di luar bilik tu. Kami pun dah confius mana nak daftar kan sebab tengok de dua mahkamah lagi satu mahkamah kanak- kanak. Saya dgn tak malu tanya je lah sorang pakcik tengah duduk ramai2 kat kerusi luar tu.


  
“ Assalamualaikum Pak Cik, nak tanya nak daftar utk urusan saman jpj kat mane ye?”
“Nie, kat bilik depan ni..buka pintu masuk dalam.” Pak Cik tu bagi tau sambil tunjuk bilik yg mula2 tue.
Izah ucapkan terima kasih kat pak cik tu. Makcik dok follow je la belakang Izah time tu. Buka je  pintu bilik mahkamah tu tengok punya dah penuh dah bilik dengan lelaki. Dekat depan yg tempat bicara selalu tu kalau kite tgok kat dlm tv ada  JPJ sibuk dgn org dok daftar agaknya.

Tak malu tanya lagi pemuda kat situ, “ nak daftar kat depan tu ke?” Dia pun cakap kat depan tu.
So, Izah pergi la ke depan bawak surat jemputan tu ngan surat saman kale merah tu. Malu puloks time tue, sebab saya ngan makcik tengah berhadapan dgn ramai orang dalam bilik tu. Semua dok pandang depan mungkin masing2 dah daftar tunggu bicara kot. Lagipun kami kan lambat datang. Untung belum bicara lagi. Erm.. sik baek ada perempuan 4-5 orang kat situ. Tak dokla malu sangat! Alaa.. semua yg hadir kat situ pun melakukan kesalahan. Leks suda! Bukan kesalahan jenayah ke ape, cuma kesalahan lalu lintas time bawak kenderaan ja. Nakal!

IC bawa?” Tanya polis pakai uniform putih mungkin polis trafik kot. Usianya lingkungan 51 tahun cemtu. Bila Izah dah hulurkan IC, polis tu cakap “sorang je cakapkan? Xyahlah sampai dua2 ye. Sorang je wakil. Ni za buat sekali terus la ye. Tak payah tangguh2 lagi.. nanti lama” Sambil dia urus dokumen sambil bebel. Saya pun sebenarnya blur time tu, nape plak nak tangguh??. Dah lepas daftar tu, pergila belakang balik. Izah sempat lagi dok ngumpat ngan makcik, peramah polis tu siap sebut nama timangan plak. cam tau2 je  selalu org pggil za. Cakap lembut je.. cam dah upe ayah ngn anak plak. terharu!hoho..

Setelah dipanggil nama oleh pembantu hakim, semuanya kena beratur sebelah kiri bilik mahkamah. Tak sure plak dua orang perempuan kat depan hakim yg cun tue pembantu hakim ke, peguam ke, ape ke..tapi memang garang arr, tapi comel! Pembantu hakim tu akan panggil nama sorang2 & dibacakan kes ke atas mereka ikut kesalahan yg di dakwa sampailah giliran Izah tapi dalam kumpulan yg ke- 3. Untung dlm mahkamah tu xdok kandang. Hihi..

Pembantu Hakim: “ N… bnti…. Pada … awak telah melakukan dua jenis kesalahan. Kesalahan pertama di mana awak menunggang motosikal dengan lesen kenderaan telah tempoh sewaktu operasi di ….. Denda maksimum jika disabitkan kesalahan adalah RM2000. Adakah awak mahu mengaku kesalahan atau tidak?
Saya: “ Ya..saya mengaku bersalah”
Peguam: “Bagi kesalahan kedua, awak telah menunggang motosikal dengan tidak memiliki sebarang perlindungan insurans. Denda atas kesalahan ini jika disabitkan kesalahan adalah RM1000. Adakah awak mengaku kesalahan?”
Saya: “ Ya.. saya mengaku bersalah”
Pembantu Hakim:Adakah anda ingin membuat rayuan, silakan”

Lepas je pembantu hakim tue suruh Izah merayu, Izah cakap lah alasan yg sewajarnya. Hakim perempuan tu hanya pandang & angguk je.

Setelah perbicaraan dibacakan bagi setiap kumpulan, hakim perempuan yg tegas, muda & cun tu akan bacakan setiap nama berserta jumlah denda yg perlu dibayar kepada pihak polis yg dah standby kat situ.

Nak tau x Izah kena berapa?? Rata2 nya yg kena saman motosikal roadtax mati perlu membayar RM500. So, Izah mujur dah standby duit RM600. Kalau yg xde lesen memandu plak, memang akan kena RM300 tanpa discount! Street! Masa di bacakan denda kalau disabitkan kesalahan RM2000 ngan RM1000 xde insurans, rasa cam nak meraung pun ada..yela, mana de bawak duit cukup sampai riban camtu. Lg nak tmbah nie, nasib baik mahkamah nie xde disediakan lokap tau.. kalau tak bayar terus masuk lokap. Ada gak toleransi boleh buat bayaran utk hadir mahkamah kali kedua. Mcm makcik india tu, anak yg bawa moto xde lesen kena RM300. Mak dia ada RM150. Orang susah, sik baik hakim tu bagi tempoh buat bayaran ansuran.

Lepas je settle bayaran, MESTI ambil resit bayaran kat kaunter pembayaran plak kat tingkat 3. Alaa..balik jela terus wat pe nak amik resit bagai! Eh2! Resit tu mesti kena amik tau! Diorg tak paksa nak amik. Tapi, utk keselamatan in future. Mana la tau JPJ xpasan yg kt da bayar tapi igt xbayar lagi. So time tu tunjukla resit tu. Kat kaunter tu tak yah nak amik no giliran. Sebab nanti kerani kat kaunter tu akan panggil nama masing2. Agak lama gak diorang nak siapkan resit tu. HuHu…

Ini situasi perbicaraan kes saman jpj yg berlaku di Mahkamah Majistret Shah Alam, kesimpulannya..prosesnya mudahlah jugak cuma bayaran tu agak mahal juge..berbeza ikut negeri kot. Xtaulah.. peringatan utk semua: Jgnlah sampai kena saman JPJ ok!. Kena tahan 2 minit xpe..pastu JPJ beri laluan sebab document kenderaan cantik!




#terbanglah duit kahwin RM500. Xpelah.. ada yg lebih memerlukan. Heeee… J

No comments:

Post a Comment