Assalamualaikum...
Hai semua,
Sudah agak lama rasa Izah x update blog nie. Dah bersawang blog Izah
ni. He he..
Dek kerana Izah agak busy skit lately.
Sejak bekerja di syarikat baru dan juga baru sahaja menyambut hari raya
Aidilfitri. Selamat Hari Ray a Maaf Zahir Batin semua!!!yeay..
Hari nie, Izah nak update pasal SAMAN. Opcos, mesti ramai dah melalui
kena saman kan. Tak kira lah saman polis ke, saman udang2 time study ke, Saman
kondangan ke~ apa tu kondangan Izah (Jemputan majlis kahwin org jawa kata sbb
bagi duit tgn) ke, saman jpj ke asalkan bunyinya saman & mesti di bayar dgn
wang ringgit. Izah nie mestilah budak
baik kann..Cuma agak nakal sikit & berani2 takut.
Bulan 5 yg lalu, Izah first time dikenakan saman di atas kesalahan:
1) Cukai jalan tamat tempoh dan,
2) Tiada perlindungan insurans.
Senang nk faham roadtax motosikal Izah dah mati hampir sebulan. Izah
tak berkesempatan nak hidupkan disebabkan masalah kewangan.That time, Izah nak
pergi Shah Alam sat ada urusan, bila keluar je jalan motor selepas tol bukit
kemuning.. memang tak terfikir akan ada Roadblock. Dahlah pihak JPJ pulak tu
yg buat sekatan. Untung diorang tak bawa
lori. Kalau x, balik jalan kaki lah Izah sebabnya moto kena tahan. Rasa nak
menangis juga sbb first time kena saman JPJ.
Bila saman JPJ, akan jadi kes
mahkamah. Dah rasa macam penjenayah pulak. Huhu.. nasib baik time tue pergi ada
mak cik temankan. Taklah malu sgt. Org kata.. daripada saman JPJ baik kena
saman polis sebab boleh bayar kompaun kat balai polis atas kesalahan trafik.
Tak yah susah2 naik mahkamah ngadap muka hakim. Tapi, kalau dah kena dengan
JPJ.. al- maklum saja la.. ‘Anda diminta menghadiri ke mahkamah …………
pada…..jam….’. Ha, opcos dapat surat cinta merah terus. Cer tengok gambar kat
bawah ni:
Sebenarnya, naik mahkamah atas sbb hal nie bkn nak caj kita sebagai
penjenayah. Cuma melakukan sedikit kesalahan krn melanggar undang2 jalanraya.
Tujuannya adalah utk kita berdepan dgn hakim tu, mengaku kesalahan yg kita buat
setelah sebutan kes & paling utama adalah utk MERAYU kat hakim agar denda
saman yg akan dikeluarkan dapat dikurangkan. Kebiasaannya, rata- rata yg Izah
selidik pasal saman road tax mati nie.. bayaran sekitar RM350- RM850. So, ada
yg kata Cuma RM300..RM600 dan paling kesian RM900. Depends on ur words. Hihi..
Izah akan naik mahkamah pada bulan September nie. Izah risau juga
berapalah bayaran saman yg akan dikenakan utk Izah. Bukan fikir fasal takdok
duet, tapi sbb fikir nak kahwin lagi. Dah puloks kena saman. Memang cari nahas
sungguh! Tapi, apa pun Izah jadikan ia sebagai pengajaran agar Izah sentiasa
alert hal2 undang nie, & jangan terlalu berani sgt. Apa yg Izah kongsikan
di sini adalah semata2 utk berkongsi
pengalaman nie kpd semua pembaca.
Next entry, Izah akan kongsikan sejarah pergi
mahkamah utk proses perbicaraan kes & juga RAYUAN! Doakan urusan Izah
berjalan dgn lancar ok! Aminnnn… JTakottt rasenye..
No comments:
Post a Comment