Bola oh bola!



Assalamualaikum…

Tadi petang pergi giant seksyen 13 nak cari barang skit dgn besfriend Alin, Aida dan Lela. Walau cuaca mendung time tue, tapi rasa berat nak jalan kaki menapak ke giant. So, naik la teksi. Lagi pun nnt xpasal2 ujan pula tengah jalan.

Tujuan utama ke Giant pun sbb teringin lagi nak beli Big Apple.  Nyum..nyumm..
Begitula dgn alin dan aida. Time da abis mborong barang, lepak dulu di Food Court sbb keadaan kat luar da ujan. Masa duduk2 menunggu, byk juga perkara diborakkan. Dari hal beli2 barang, makanan2, sampai la isu BOLA. Memang da tau pun, malam nie kat stadium Melawati ada perlawanan bola antara Selangor VS Kelantan

Ramai juga org yg dtg ke giant ni sume kai baju jersi. Jersi kelantannya la.. jersi selangornya la. xkurang juga dgn aksesori rambut dan mcm2 la tanda sokongan kepada negeri masing2. Punya semangat diorg nie. Xkira laki mahupun perempuan, sama ada yg kecik atau besar.  Berbeza pada me, walau da 3 years duduk di seksyen 13 nie langsung xpenah nak jejak kaki di Stadium tue. Byk dah event buat dari konsert Maher Zain, Ulang tahun IKIM, bola2 dan macam2 lagi tapi kaki nie x bole nk melangkah masuk ke stadium disebabkan hanya i duduk di asrama kamsis PSA.

Tapi, bukan itu peresoalannya yg nak sy cerita di sini. Biala di lihat fenomena bola nie, org akan sgt2 teruja mengenainya xkira bangsa, xkira jantina, xkira usia. Ia akan menjadi 1 pbualan yg hangat bertutur di bibir2 mereka. Minat sesuatu aktiviti atau perkara tersebut tidak menjadi satu kesalahan pada kita. Tapi kita pandai untuk berlaku adil dalam semua perkara. Jangan sampaikan suatu perkara yg kita teruja sgt2 tue akan menjadi satu yg haram bagi kt.

Bila diperhati, ramai orang yg akan standby awal utk certain event yg menarik. Event start lambat lg..namun 3-5 jam da tertongok kat tmpat tue. Tak larinya stadium dikejar..pemain pun dtg jam 8 nanti agaknya. Buat2lah perkara yg wajib dulu..
Ini hakikat yg kita perlu sedari hari ini:
  • Antara pjalanan menuju ke masjid lebih lewat sampai dari perjalanan standby di stadium.
  • Aktviti ceramah agama kurang dipenuhi berbanding terlebih penuhnya stadium atau konsert2.
  • Ceramah/usrah agama free of charge berbanding konsert dan bola yg org akan bsusah payah mengeluarkan duit.


Photo: Perlawanan Separuh akhir kedua Piala Malaysia 2012 antara Selangor lwn Kelantan jam 8.45 malam ini turut disiarkan secara langsung diRTM1 & Astro Arena. Tiket perlawanan masih lagi dijual sehingga jam 8 malam ini. Diharapkan kedua-dua pasukan dapat memberikan persembahan yang menarik serta sengit dan menghiburkan. Bagi penyokong pula jaga adab serta tingkah laku masing-masing kerana kita dibawah bumbung 1 Malaysia. Apa-apa pun tahniah kepada pasukan ATM kerana berjaya ke perlawanan akhir pada 20hb. ini & tahniah juga kepada pemenang perlawanan malam ini....
Tiket perlawanan bola 12 Oct 12

0 comments:

Post a Comment