Sunday, 1 March 2020

TELOR ITIK MASAK LEMAK KUNING

Hai... Hari ini saja nak share Masakan Telur itik masak lemak kuning atau kunyit. Aku tak masak lemak Cili API ye sebab aku letak Cili api 3 tangkai saja kerana aku tak nak bagi anak2 aku makan pedas sangat. Korang nak pedas boleh blender or tumbuk Cili padi banyak2 ok. Telur itik Tu aku dapat kat kedai acheh. Kalau kat kedai biasa susah juga nak dapat. Kalau tak da Telur itik fresh Tu guna guna Telur masin pun boleh. Cuma jangan letak garam langsung dalam Masakan korang ye. Jom kita masak!

BAHAN2 DIPERLUKAN:

  • Bawang merah besar - 1 biji
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Cili padi hijau - 3 tangkai 
  • Halia - 1/2"
  • Kunyit hidup - 1"
  • Daun kunyit - 1 helai
  • Tomato 🍅 or asam keping - 1 biji or 1 keping
  • Santan kotak- setengah kotak
  • Telur itik - 5 biji.   
                   

                     

                         

CARANYA: 

1) Tuang minyak dlm kuali sedikit

Panaskan sedikit minyak

2) Tumbuk bawang2, Cili, kunyit dan halia. Jika nak kisar pun lagi bagus. <✓✓✓soryy sory..ini step yg pertama ye. Baru panaskan minyak. Aku terjump plak.

Bahan2 yg ditumbuk
                 
3) Tumis bahan2 sehingga naik bau dan Masukkan sedikit Serbuk kunyit.

                        

4) Masukkan air dalam lesung batu. Ni Cara org jawa masak. Nak bagi licin bahan yg tertinggal dalam lesung Tu. Biar rasa sedap sikit  dari air lebihan bahan Tu. Then masukkan air dalam kuali. Dah menggelegak masukkan garam sikit je. Jgn byk2! Nanti masin sebab Telur itik Tu diorang ada rendam semalaman dengan air garam tak nak bagi hanyir sangat.



5) Pecahkan telur itik dalam kuali perlahan2 satu persatu. Bila dah kembang, masukkan santan, kacau dan masukkan daun kunyit.


Korang nak hiris halus2 daun kunyit tu pun boleh. Aku nak simpul je.


6) Dah sebati dan masak, last masukkan asam keping. Better letak tomato rasa nyummy je. Sedia dihidang!





Dah ada stok sambal belacan dalam peti ais, just panaskan rendam dalam air panas je. Then makan dengan timun jepun. Krup krap2. Selamat mencuba!








1 comment:

  1. Did you know there is a 12 word sentence you can communicate to your partner... that will trigger deep feelings of love and instinctual attraction for you deep inside his chest?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, look after and care for you with his entire heart...

    12 Words Will Trigger A Man's Love Response

    This instinct is so built-in to a man's mind that it will make him work harder than before to love and admire you.

    Matter of fact, triggering this mighty instinct is so important to achieving the best possible relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will soon notice him open his mind and heart to you in a way he never experienced before and he'll distinguish you as the one and only woman in the galaxy who has ever truly tempted him.

    ReplyDelete