Friday, 25 January 2019

Jalan2 ke ‘Farm in The City’

Assalamualaikum…

Farm in the City atau ladang dalam bandar adalah satu tarikan baru yg telah beroperasi sejak 5 tahun kebelakangan ini di Seri Kembangan, Selangor. Jika macam aku tinggal di kawasan antara Banting dan Klang better aku lalu saja tol SKVE Telok Panglima Garang then street jer hingga ke persimpangan nak ke Putrajaya. Tapi, kt perlu ambil side kiri utk ke seri kembangan. Tak jauh pun. Lebih kurang 35 minit dari TPG ke Seri Kembangan. Berbanding 11 tahun yg lalu, SKVE masih belum dibina. Jadi, klu nak pergi Putrajaya ke, dengkil ke agak jauh sikit lah sebab kena melalui kearah banting masuk ke olak lempit, bukit changgang semua. Aku pergi FITC ni dengan suami dan anak setahun yg lepas. Tapi baru sekarang dpt publish entry ni.

FITC ni kiranya macam mini zoo lah tp hanya haiwan yg jinak dan tak ganas je ada dalam ni. Kalau harimau, buaya or zirafah yg besar2 tu hanya tinggal kat zoo. Kawasannya tak besar, jalan pun tak lah penat. Ada juga terdapat kawasan kebun dan ladang tp tak pasti mereka tanam apa. Tak jengah pun.  Kalau nak makan ada tempat mcm kantin kecik je. Tapi dia punya makanan harga boleh tahan jugak. Nasi lemak sikit je nak cecah RM2.50. huhu..

Tempat ni bagus sebenarnya utk bawa anak2 kecil yg sedang dalam proses perkembangan otaknya. Boleh tengok haiwan secara dekat, boleh pegang2. Cuma tak da kucing kat situ. Sebab kucing biasa sangat duduk kat rumah kt pun kan.. haha, in my opinion je.

Tiket masuk? Oh ye..harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM32/pemegang IC. For foreigner/bukan pemegang my kad charge RM48 . Kanak-kanak atas 90cm dikenakan bayaran RM15. Anak aku still below 2 years and ketinggian xcukup 90cm so free entrance.



Jika kt masuk kawasan kura- kura ke arnab ke, kt akan diberi batang daun sayuran utk kt bagi makan kat binatang tersebut. Kalau nk bagi makan ikan, ada juga disediakan makanan ikan dalam kotak utk dibeli. Di situ juga terdapat photographer dr oversea mari..haha “(abangla..) yg boleh tangkap gambar u all sefamily. Then, u all boleh tgk kat kaunter gambar. Kalau berminat boleh beli. Kalau suka letak gambar pd mug pun boleh request. Harga? Aku lupa nak tanya depa. Harga sekeping gambar pulak dalam RM20. Murah sikit daripada kat zoo negara. 
Kudaku lari gagah berani
Raccon









Banyak lagi gambar haiwan2 yg ada kat FITC ni tapi gambar semua ada kami anak beranak. Sorryla..aku masih berpegang pd prinsip tak nak share sangat gambar sendiri dan keluarga dalam blod ni. segan... tak femes pun kami. hihi

Apapun yg paling penting sekali adalah dapat mendekatkan anak kecil ni kepada dunia haiwan sebenar disamping masa bersama keluarga tu lebih utama. Aku yakin anak2 kecil yg sedang membesar ni perkara paling mereka suka adalah kenali haiwan selain daripada bermain dan juga menonton cartoon. Besides that, its important that we have a quality time also with family together.

Cik Jieja

No comments:

Post a Comment