Kali ni aku nak share pengalaman aku beberapa hari lalu menguruskan pembayaran hutang PTPTN full settlement. Pembayaran penuh! Woow bunyi gempak je kan. Haha.. Apa lagi yg mampu hanya keluarkan dari duit epf la. Exceli, aku pun tak tahu seruan dari mana dtg tiba2 rasa semangat sangat nak settlekan hutang ptptn tu. Padahal aku ada lagi 5 tahun untuk bayaran balik. Tapi, disebabkan kadang2 liat sgt nak bayar sampai banyak jugak tunggakan.. so alang2 dah ada diskaun 20% dari bajet 2018 so semangat lah sikit nak full settlement. Dah tak payah pening2 nak tanggung hutang. Lagi pun kesian kat para pelajar yg tgh nak up pulun study tu. Takut duit ptptn tak cukup nak survive student setiap tahun. Yelah, sbb ramai yg liat nak bayar duit ptptn. Termasuklah aku.
Asalnya, aku memang tak nak sentuh duit epf account 2. Fikir nak buat rumah ke beli rumah ke. Tapi bila nak dapat? Macam belum mampu. Tak pelah.. Epf tu nanti bertambah lagi setiap bulan kan.
Cara nak mohon keluar epf utk ptptn
1) Telefon pejabat PTPTN terdekat.
- Mulanya aku dah apply cuti nak ke pejabat ptptn shah alam. Esok nak pergi, hari sebelumnya aku gatal2 call cuma nak tanya 'dokumen apa yg diperlukan utk ke kaunter nanti..'
- Yg attend call aku cakap boleh buat by phone je. Staff tu bagi no telefon utk kt wassap dia details : nama, ic, no telefon, alamat & email.
- Dia proseskan maklumat kt kat i-akaun epf kita.
2) Mesti aktifkan i-akaun kwsp
- Sape2 yg belum ada i-akaun sila create id pertama kali kat kios kwsp yg terdekat. Tak boleh terus register dalam web kwsp tu. Apa2 tak faham direct asking to staff kat situ.
- Dah ada i-akaun mesti registerkan no. handphone terkini utk kwsp send TAC pasword.
- Macam aku yg proses staff ptptn, so TAC epf akan send kat nombor fon aku so aku just send back to staff by wassap tok staff tu apply permohonan pengeluaran epf via i-akaun. But don't worry, dia tak boleh akses data kt dalam epf tu.
- Boleh je buat sendiri permohonan pengeluaran epf untuk pendidikan/ ptptn. You just Log in i-akaun -pergi menu pengeluaran- isi maklumat-submit to epf online. Aku bukan tak boleh buat sendiri. Tapi sibuk kerja then awalnya pun aku tak reti jugak. Siap nak pergi ptptn shah alam lagi. Jimat jugak masa kan sebab aku dah call awal2. Malu bertanya sesat jalan. Malas berdayung perahu hanyut. Hihihi 🤣🤗
3) Tunggu mesej dari epf 3-4 hari. Paling cepat 24 jam jerr.
-Ni apa yg diberitahu staff ptptn tu dgn pihak epf sendiri. Mereka cakap permohonan akan diproses 3-4 hari lepas tu dapat mesej by email/fon or i-akaun utk datang kaunter kwsp utk submit transkrip dengan cap jari. Nasib aku sangat baik. Permohonan aku dihantar hari selasa petang. Awal pagi rabu yg aku dah apply cuti tu, aku dapat mesej dari kwsp utk dtg ke kaunter dalam tempoh 2 minggu dgn bawa doc diperlukan. Kalau tak dtg dalam tempoh yg ditetapkan permohonan akan terbatal. Tak sabar pagi tu jugak aku pergi kwsp. Sebelum tu aku semak mesej sekuriti dalam i-akaun gak tok kepastian dan dokumen apa je perlu dibawa.
Sms |
Mesej sekuriti dalam i-akaun |
4) Serahan dokumen dan cap jari
- Di kwsp, ambil no giliran dan bila dah sampai giliran serahkan salinan dan original transkrip akademik, skroll diploma/degre/master serta kad pelajar sekali. Aku tak pasti kalau kad pelajar dah lama hilang tu macam mana pulakkan. 🤔 Erm.. Aku rasa tak ada pun tak pe. Sebab staff epf tak cek pun kad pelajar tu. Diorang akan ambil yg salinan dan cop. Lepas tu kt kena cap jari kiri dan kanan kat surat pengesahan pengeluaran kwsp. 1 salinan kt akan dapat utk simpanan.
5) Permohonan pengeluaran akan diproses dalam 1 minggu lebih. Dan duit akan ditransfer ke akaun penerima iaitu ptptn. Pihak epf pesan kt kena dapatkan resit pembayaran penuh dari pihak ptptn. So tunggu next aku update.
Alhamdulillah, lega jugak dapat potongan diskaun 20% tu. Rasa ringan pulak kepala ni bila 1 hutang dah selesai.
No comments:
Post a Comment