Sunday, 14 January 2018

2 HARI 1 MALAM HOTEL GOLD COAST MORIB

Assalamualaikum & haiii…

Sebelum terlupa aku nak share bercuti di hotel gold coast morib pada weekend yg lepas. Check in hari sabtu jam 2.30 ptg and check out ngam2 12 tgahari ahad. Kalau kt cek website gold coast morib hotel check in dalam pukul 3 ptg. Tapi, receptionist cakap boleh je masuk bilik. Aku nak cerita tang price dulu. Harga biasa kalau kt men terjah je aku tak pasti and aku nak tanya tapi memang lupa lagi dah ada voucher kat tgn so xsempat nak tanya. Aku beli voucher berharga RM188 nett utk 2d1n daripada org kg. jugak. Dia aktif jual2 voucher bab2 hotel2 yg de water theme park ni kat dalam fb. So guna voucher tu murahla jugak sbb da included dgn brekfes 2 org, masuk taman tema air, bilik studio suite with Jacuzzi, and  beberapa tiket yg lain. If masuk tempah bilik je maybe price is different not included with another activity ticket. Aku assume lar..klu xbetul sorry.


But, harga RM188 nett tu hanya utk penginapan dari hari Ahad – Jumaat saja. Klu kt check in on Saturday so kena caj tambah RM100 bayar masa kt check in kat hotel. So RM288 + RM5 caj pengurusan dari pihak agen voucher total RM293 utk penginapan 2 hari 1 malam. Aku rasa sebab on weekend kan selalu pack orang ramai so markup la price. Masa aku check in ritu, kena bayar RM150. RM50 utk deposit. So bila kt keluar and pulang kad bilik diorang akan pulangkan semula RM50 tu.

Voucher GCM




Tiket2


Masa hari sabtu lepas aku pergi dgn husband & anak kurang bernasib baik. Agak hot gak perasaan hahaha sbbnya staff tak cakap pun system down ke apa sebab kitorang tak di bagi kad/kunci utk bilik. Diorang cuma bagi masuk bilik je dulu. Dah fikir masa dalam bilik tu nak keluar jalan ke mandi2 semua cam ne bilik autolock kan. Staff cuma cakap nak masuk bilik inform diorang. Pukul 4 pun xdapat kunci lagi. Katanya pukul 5 pulak. Dah pukul 5.30 ptg baru dapat kunci bilik. Baru kitorang tahu system down. Kalau cakap awal2 tak lah merungut2 kan. “Lain kali tak nak dtg lagilah..” pot pet lah..haha emosi. Erm bilik?? Bilik ok je.. cuma xberapa nak bersih sangat. Tengok cadar yg putih tu pun de lagi tahi lalat. Huhu.. Aku bukan nak condem ye.. tp hakikat cam tu. Mungkin bilik lain ok la kan. Yg best bilik ada Jacuzzi/ tub mandi muat utk 2-3 orang. Then bilik pun de balcony boleh tengok pemandangan luar. Cuma tak bestnya..kenapalah aku dapat bilik yg hadap bangunan terbengkalai tu. Hahaha.. tp is scary jugak nak bagi anak duduk2 kat balcony tu sbbnye lubang pagar tu agak jarak-jarak. Rasa boleh muat jugak badan si kecik tu. Huhu..lagi satu tak payah dah nak bawa iron. Aku ni mmg batak.. semua nak dibawa macam nak tinggal terus. Iron siap bawa..tengok2 dalam bilik hotel ada iron dah dengan iron board pun disediakan sekali. Tapi tak guna pulak..








Suasana hotel biasa je. Pantai tak lah jernih kebiruan macam pantai timur sana sebab dekat dengan pelabuhan kon. Banyak kapal2 keluar masuk kat pelabuhan klang tu. Kalau rasa nak makan ikan bakar pergi kat tepi pantai belakang hotel ada disediakan restoran ala2 bamboo gitu. Harga boleh tahan. Aku makan nasi goreng USA dah RM11 ngan air milo ais macam kat kedai makan biasa dah cecah RM5.50. Lau makan dalam café hotel lagi up price. Hahaha mengira ko kan bab makan!







Aku tak mandi sangat kat water theme park. Layankan anak je ngan suami main air. Masuk situ kalau nak bawak hp ke duit ke susah gak sebab kenalah jaga kan. Lagi nak masuk dalam air ke ape.. so kalau nak simpan ada disediakan locker berkunci. Sewa 1 hari RM5 + RM10 utk deposit/safety. Kalau kt pulangkan kunci kt dapat balik RM10. Kalau kunci hilang aku rasa burn duit tu. So better keep baik2. Gelang water theme park tu jangan digunting..kang esok pagi tak boleh nak mandi balik. Ada juga aku nampak sifulan tu tak buka gelang tu sampai malam bawa ke bekfes pagi pun nampak dia pakai. Exceli, nak buka gelang tu..ada pita lekat dari dalam kat tgn kt tu.. just tarik so dia tanggal elok je. So esoknya bolehlah pakai balik. Tapi aku ngan suami malas nak mandi lagi. Mandi dalam Jacuzzi dengan anak pun dah happy. Suka si kecik tu main air. Kalau nak mandi lepas pukul 7ptg kat theme park tu kena bayar RM10.

Aktiviti flying fox, adventure park, berkuda

For the breakfest aku bagi 4/10 markah. Makanan dia biasa je. Tak de yg special. Asal perut terisi. After breakfast at the morning, so kami jalan2 tepi pantai. Air time tu naik. Aku guna tiket utk  sand castle kena tambah RM5 for deposit. Sama jugak concept apa- apa barang yg kt sewa kena deposit and dah guna diorang return balik duit. Utk anak aku main sand castle tu, hanya dapat 3 barang. Bukan nak bina istana sangat pun. Dia lebih suka pergi pantai tempat main air situ. Kat situ jugak boleh naik kuda, flying fox, berkayak ke bolehlah cuba. Okay.. tamat. J


pssst : “macam ternampak sorang artis perempuan ni checkin..tah betul ke tak artis. Tapi mmsg dia..(lupa nama dia)”


No comments:

Post a Comment