Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. lagu terbaru iaitu Jodoh Berdua nyanyian Hafiz Hamidun telah pun mula diterbitkan beberapa bulan yg lepas. Dan sekarang telah berkumandang di corong-corong radio. Lagu Hafiz ni memang best dan lirik yang dicipta olehnya sendiri pun amat bermakna dan sepertinya lagu ini mempunyai kaitan dalam hidup Izah sekarang ni.
Tahun 2014 ini sebagai permulaannya telah memberi sedikit sinar baru buat diri Izah. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menerima namun Izah rasakan banyak hikmah dan petunjuk yang Izah terima. Semoga jalan yang telah Izah pilih ini adalah sebahagian dari petunjuk gerakan hati dari yg maha Esa. Aminnn...
Marilah klik link video dibawah untuk dengar dan paling penting isi lagunya yang bermakna. Selamat berirama. ^_^||
https://www.youtube.com/watch?v=-L4NL9JcAeo&feature=youtube_gdata_player
Lirik Lagu Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun
♪Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa
Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir
Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita♬
No comments:
Post a Comment