KERJA AMAL

Assalamualaikum...

Ok...kerja sentiasa ada. None-stop. Kat tempat kerja pun kerja. Kat rumah pun kerja juga. Kerja rumah kenalah mengemas rumah, buatlah apa yang patut sebagai seorang perempuan.

Hari ini, means yesterday is 25 december are public holiday. Pejabat cuti, saya pun dapatlah berehat di rumah. Tapi, cuti-cuti pun... ada barang yang kena bawa balik. Hihi... macam kerja sekolah. Murid2 cuti sekolah dapat k erja rumah yang cikgu bagi kan. Like me, cuti2 pun malas nak bersenang lenang kat rumah. Mesti fikir juga kerja office yang banyak pending tu. Huwaaa... kerja memang tak pernah habis.

Sebelum balik nak cuti selasa lepas, saya bawa baliklah kerja sikit ke rumah. Alah... bawa kertas order. Kertas purchase order tu yang purchaser macam saya selesai membuat order barang dan telah ditandatangani. Kerja mudah saja. Sambil tengok cerita di laptop/televisyen pun still on. Tak de lah saya bosan sgt dok ngadap kerja tu semata kan. Janji janganlah bercampur aduk udahla. Mata melayan tangan pun kenalah jalan sama.

Mesti awak semua pelik...'nape lah nak nyusahkan diri bagai wat kerja sampai bawa rumah?..' tak pelik tak pe.. hihi..
Ok..actually, saya rasa puas sikit sebab dapat bantu settle kan masalah kakitangan yang berkurangan di jabatan saya. Hanya kami berdua sahaja berada dijabatan purchasing dalam syarikat yang besar yang banyak project sana-sini, company yg dah listed kat bursa saham tu. So, masa utk aktiviti memfailkan dokumen bagi kami adalah terbatas. Sebab, membuat order barang semuanya kena cepat, tepat dari segi barang yang dibeli, harga dan kualiti yg berpatutan dari pembekal yang dah sedia ada. Jadi, masa utk pemfailan adalah terhad.

Jalan penyelesaiannya, saya sanggup buat kerja amal nie dirumah. Asalkan saya selesa dengan kerja saya di pejabat. Apabila dokumen tersebut telah difailkan disetiap fail mengikut pembekal, in future untuk kita buat sesuatu rujukan dapat dilakukan dengan cepat. Tak delah nanti sibuk nak memunggah kat meja tu cari PO. Payment pun dapat dilakukan dengan segera apabila dokumen dapat difail mengikut susunan nombor order.
Itu adalah gambaran serba sedikit cara pemfailan dokumen di pejabat saya.

Sambil tengok drama Indera Joned di laptop  tu, tangan pun kena ligat mengoyak kertas2 tu then asingkan ikut warna. Kertas yang berwarna hijau adalah penting sekali sebab untuk lampiran pembayaran yang akan disertakan bersama dengan DO (Delivery order) setelah barang yang kita order sampai dan digunakan untuk tujuan manufacturing & production.

Okla...da pagi dah pun. Nanti pagi dah nak msuk kerja pula. Tidur lambat tak mengapa. Kat office nanti serius tak ngantuk. Sebab kerja bahagian purchasing kena aktif. Asyik attend phone call, make order.. x sempat dah nak ngantuk. Nguap sikit2 tu adalah.

Apa pun kerja yang kita lakukan yang penting HALAL dan diniatkan semuanya kerana Lillahi ta'ala.. semuanya kerana Allah swt. Maka, kerja yang kita lakukan pun akan mendapat berkatnya dan menjadi mudah. In sha Allah.. ♥♥

0 comments:

Post a Comment